RAFIZI : Potong Gaji Untuk PRU... koh..koh..koh

rafizi
 Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan dana parti itu diperoleh hasil potongan gaji wakil rakyat mereka dan sumbangan derma melalui majlis makan malam.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak 20 peratus setiap bulan serta hasil kutipan derma.
“Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya.
“Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran. Ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual,” jelasnya dalam kenyataan media.
TAG