Raja Bahrin Telah di Tendang dari Pas Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU : Melalui sepucuk surat yang disiarkan di sebuah portal media rasmi badan perhubungan PAS Negeri Terengganu, kenyataan Mohd Soud selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu telah menggesa ahli-ahli PAS mematuhi arahan untuk tidak memberikan sebarang kerjasama politik kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.

Kenyataan tersebut yang telah dikeluarkan hari ini menulis, Raja Kamarul Bahrin telah diisytihar secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru negeri Terengganu dan memperakui menerima perlantikan tersebut.



Mohd Soud merujuk kepada mesyuarat PAS Kawasan Kuala Terengganu semalam yang meletakkan pendirian sepertimana pekeliling dikeluarkan oleh PAS Pusat supaya tidak menggabungkan diri, bekerjasama atau memberi apa-apa bantuan dan kemudahan kepada mereka yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru.

Sementara itu wujud desas desus yang mengatakan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi juga bakal mengikuti langkah Ahli Parlimen Kuala Terengganu dengan menyertai Gerakan Harapan Baru. Walaupun beliau masih belum membuat sebarang kenyataan menyokong mahupun menafikan pembabitannya dalam Gerakan Harapan Baru, khabar angin yang tersebar ini hanya menanti masa bagi rakyat di DUN berkenaan mengetahui kebenaran.


BN tewas kepada PAS di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti undi PAS sebanyak 10 ribu. Beberapa pemerhati politik berpendapat, penglibatan Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam Gerakan Harapan Baharu bakal memudahkan BN menawan kembali kerusi parlimen tersebut malah mungkin beberapa DUN.

Namun ianya hanya dapat direalisasikan jika sekiranya UMNO Terengganu terus utuh sepertimana kini dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan konsisten dalam gerak kerja membantu masyarakat serta rakyat di negeri itu.

IMPACT (Ikatan Masyarakat Progresif, Amanah, Cakna negeri Terengganu)

http://impactionist.blogspot.com/2015/08/pas-kuala-terengganu-tolak-raja-kamarul.html?m=0