Shah Rukh Khan Bakal Menunaikan Haji?

Shah Rukh Khan nama yang pasti anda semua kenal lebih-lebih lagi kalau semalam anda sempat layan filem beliau paling hit Kuch Kuch Hota Hai ( jangan tipu anda tak layan sebab kami pun layan sebenarnya hehe).
Mesti anda juga tahu bahawa aktor tersebut merupakan seorang Muslim tetapi telah dihimpit pelbagai kontroversi kerana mendirikan rumah tangga bersama Gauri Chibber yang beragama Hindu.  Malah sekitar tahun 2009 ada madrasah di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa SRK telah murtad kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Tetapi baru-baru ini, peminat beliau terkejut  apabila sebuah foto beliau di lapangan terbang sambil memegang tasbih mula tersebar luas selepas beliau pulang daripada menjalani penggambaran di Bulgaria.
Ramai peminat dan pihak media yang menyambut kepulangan beliau tetapi SRK masih tenang memegang tasbih tersebut sambil bibir beliau bergeak.
Tidak pernah selesa memberikan komen yang melibatkan isu keagamaan, peminat beliau nyata gembira dengan perubahan beliau.  Siapa yang tidak suka bila artis pujaan mereka sudah dibuka hatinya untuk teus berada di jalan yang benar dan tidak segan mengakui beliau seorang Muslim.
Kalau kita ingat kembali sebelum ini, SRK pernah meluahkan hasrat beliau untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah. Memang satu perubahan yang agak baik kan? Alangkah lebih indah jika SRK dapat membimbing isteri dan anak-anaknya untuk mendekati Islam.
TAG