Sudah Lama Adun Bukit Payong Tidak Menyalak - auuuuu... auuuuuuttt....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat: 6)


Artikel tulisan YB Adun Bukit Payong Mohd Nor Hamzah merangkap Ketua Penerangan PAS Terenggnau semalam telah membuat fitnah secara berjemaah dengan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim.
Mohd Nor telah mendahului jawatankuasa penyiasatan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini. Keputusan belum diumumkan tetapi beliau telah mengumumkan akan projek-projek yang dikatakan bermasalah sebelum ini.
Dakwaan yang berbau fitnah dan hasutan untuk memesongkan pemikiran rakyat itu telah dikeluarkan oleh lidah rasmi PAS Terengganu bulitenonline.net semalam 25 Syawwal 1436 bersamaan 10 Ogos 2015.
Mohd Nor Hamzah sememang terkenal dengan mulut celupar lagi sekali cuba memutar belitkan isu dengan menjaja fitnah dan tuduhan yang sememangnya tiada bukti dan fakta.
Berbekalkan tuduhan liar dan rekayasa persepsi di portal milik PAS  tanpa pernah dibuktikan dengan dokumen-dokumen siasatan tentang mana-mana projek yang dikatakan membazir dan duit rakyat bakal lebur itu.
Umum sedia maklum, Mohd Nor sememang tidak boleh menjaga rakyat dan pengundi beliau di DUN Bukit Payong.

Menurut sumber, yang mana orang yang paling rapat dengan beliau pun masih lagi bekerja dengan beliau sedangkan sudah disahkan berkhalwat sebelum ini.

Di dalam beberapa hadis telah menyatakan akan perbuatan MEMFITNAH ini lebih “dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh

Oleh itu para pemimpin pembangkang ini hanya manis menggunakan ayat-ayat suci Al Quran dan selagi mereka boleh memesongkan ayat-ayat itu demi KUASA Politik selagi itu lah mereka menggunakanya walaupun mereka tahu akan akibatnya.


Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.
Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

Mohd Nor sibuk mencari salah dan silap lawannya sedangkan kawasan beliau sendiri tidak terjaga. 

Sepanjang 2 penggal menjadi Adun Bukit Payong apakah sumbangan beliau kepada keseluruhan rakyat Bukit Payong?


TAG