Cara Terbaik Simpan Susu IBU

simpan susu
Jika anda menyusukan bayi anda dan akan kembali bekerja ataupun mencari sesuatu yang lebih fleksible, anda mungkin menimbang untuk menggunakan pam susu.
Apabila anda mula menggunakan pam susu ini, adalah penting untuk mengetahui cara-cara yang betul dan selamat untuk menyimpan susu ibu yang telah diperah.
Saya akan menyenaraikan beberapa perkara yang ‘Boleh’ dan ‘Tidak boleh’ yang perlu anda ketahui apabila menyimpan susu ibu.

Jenis bekas yang perlu digunakan untuk menyimpan

Sebelum anda memerah dan mengendalikan susu ini, pastikan tangan sudah dibasuh dengan sabun dan air. Kemudian, simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kaca atau plastik yang bertutup.
Anda juga boleh menggunakan beg plastik khas yang direka untuk penyimpanan susu.
Perlu diingat, adalah tidak digalakkan untuk menyimpan susu dalam tempoh masa yang lama di dalam beg plastik ini kerana dikhuatiri ia akan tumpah atau bocor. Ini menyebabkan susu yang disimpan mudah rosak.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh meletakkan beg plastik khas di dalam bekas makanan yang ditutup rapat.
Jangan simpan susu di dalam botol ‘disposable’ atau dalam plastik bag untuk kegunaan am. Sentiasa gunakan bag plastik khas untuk menyimpan susu ibu.
breast pump
Beberapa jenis pam yang berkualiti; Avent, Medela dan Evenflow

Cara terbaik untuk menyimpan susu yang telah diperah

cooler
‘Cooler’ jenama Coleman
Dengan menggunakan label dan ink yang kalis air, tulis tarikh bila susu diperah di setiap bekas simpanan.
Simpan kembali bekas tersebut di dalam peti sejuk atau ‘freezer’ di mana suhunya yang terendah.
Jika pada ketika itu anda tidak mempunyai kemudahan peti sejuk, simpan susu di dalam ‘cooler’ atau beg yang tertutup sementara menunggu untuk dipindahkan ke dalam peti sejuk.
Untuk mengurangkan pembaziran, isi setiap bekas dengan jumlah susu yang  mencukupi untuk SEKALI penyusuan. Anda mungkin boleh mulakan dengan 2 ke 4 ouns (59 – 118 ml), kemudian tambah jika perlu bergantung kepada keperluan bayi anda.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyimpan dalam jumlah yang kecil seperti 1 – 2 ouns (30 – 59 ml) untuk masa-masa kecemasan.
Perlu diingat, susu ibu akan mengembang bila dibekukan, oleh itu jangan simpan terlalu penuh di dalam bekas.

Bolehkah saya campurkan susu yang baru diperah dengan susu yang telah disimpan?

Anda boleh mencampurkan susu yang baru diperah bersama dengan susu yang telah beku jika kedua-duanya diperah pada hari yang sama.
Cuma pastikan susu yang baru diperah itu disejukkan dahulu sebelum dicampurkan ke dalam susu yang telah beku. Simpan di dalam bekas yang berlainan jika diperah pada yang hari yang berbeza.

Berapa lama susu ibu yang diperah boleh disimpan?

Ia bergantung kepada cara susu tersebut disimpan. Gunakan garis panduan ini untuk memastikan bayi anda sentiasa menikmati susu yang berkualiti:
Pada suhu bilik: Susu ibu yang diperah boleh disimpan pada suhu bilik sehingga 6 jam sebelumnya ianya menjadi rosak.
Bekas simpanan ‘cooler’: Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam ‘cooler’ yang mengandungi ais sehingga satu hari sebelum ianya rosak.
Peti sejuk: Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam peti sejuk (bukan di bahagian pintu) sehingga 5 ke 8 hari sebelum ianya rosak.
‘Freezer’: Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam freezer peti sejuk sehingga 3 ke 6 bulan. Jika anda mempunyai freezer khas, susu boleh disimpan sehingga 6 ke 12 bulan. Pastikan anda meletakkan susu tersebut di bahagian belakang freezer dan bukan di pintunya.
Walaupun anda boleh menyimpan susu yang diperah, ada kajian mengatakan susu akan kehilangan vitamin C jika ianya disimpan, tidak kira samada di dalam peti sejuk atau pun freezer. Lagi lama di simpan, lagi banyak vitamin C akan hilang.
Dalam kajian yang lain pula menunjukkan ciri-ciri anti-bakteria di dalam susu akan berkurang jika disimpan lebih daripada 2 hari dan susu yang disimpan terlalu lama di dalam freezer akan mengurangkan kualiti lemak di dalam susu.

 Cara-cara untuk mencairkan susu beku

Cairkan susu yang lama dahulu. Letakkan susu beku di dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer) sehari sebelum anda ingin menggunakannya.
Anda juga boleh mencairkkannya di dalam mangkuk berisi air suam. Sebelum memberi kepada bayi anda, kacau perlahan-lahan susu tersebut untuk mencampur bahagian berkrim di atas susu yang terapung ketika di simpan.
Jangan sesekali goncang atau kacau dengan kasar.
Jangan biarkan susu cair pada suhu bilik. Ini boleh menyebabkan bakteria membiak di dalam susu.
Jangan panaskan susu beku di dalam microwave atau di atas dapur. Susu akan menjadi panas secara tidak sekata.
Ada juga kajian menunjukkan, pemanasan secara tiba-tiba boleh merosakkan antibodi di dalam susu.
Gunakan susu yang telah cair dalam masa 24 jam. Buang jika ada baki dan jangan bekukan kembali susu yang berlebihan.

Adakah susu yang dicairkan mempunyai warna dan bau berbeza dari susu ibu segar?

Warna susu anda akan berbeza-beza bergantung kepada diet anda.
Susu yang dicairkan juga mempunyai bau dan konsistensi yang berbeza jika dibandingkan dengan susu ibu yang baru diperah. Walaubagaimanapun ianya masih selamat untuk diberi kepada bayi anda.
Jika bayi anda menolak untuk meminum susu yang telah dicairkan, mungkin anda perlu memendekkan tempoh masa susu itu disimpan.
TAG