WOW ::: 500 ribu mula bergerak dari PWTC - Kecut Batu DAP Tengok...

20150915224137
Pada ketika ini semua peserta sedang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang taat kepada penciptanya dan selepas itu mereka mula bergerak seperti mana yang telah dijadualkan.
Para peserta solat berjemaah di Surau Ar Rahman di Putra World Trade Centre (PWTC).
Lebih 500 ribu peserta telah berkumpul di sekitar jalan berhampiran PWTC dalam perhimpunan aman Himpunan Rakyat Bersatu anjuran beberapa NGO Melayu.
Para peserta yang berpakaian merah yang datang dari pelusuk negeri pantai timur termasuk 13 ribu dari Terengganu itu berkumpul secara aman akan bergerak dari perkarangan PWTC ke Padang Merbuk sepertimana yang dijadualkan jam 2 petang nanti.
Perhimpunan ini diadakan pada Hari Malaysia sebagai simbolik untuk mempertahankan maruah bangsa Melayu dan Agama Islam dari diperkotak-katikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Himpunan Rakyat Bersatu adalah perhimpunan sah mengikut Akta Perhimpunan Aman dan penganjur telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah dipantau oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).
1. Ku Lihat Merah : Berduyun² Baju Merah Tiba di Kuala Lumpur http://terengganutimes.com/ku-lihat-merah-berduyun%C2%B2-baju-merah-tiba-di-kuala-lumpur
2. PWTC – Peserta Terengganu Mula Berhimpun http://terengganutimes.com/pwtc-peserta-terengganu-mula-berhimpun
3.Di Jangka 13 Ribu Peserta Dari Terengganu http://terengganutimes.com/di-jangka-13-ribu-peserta-dari-terengganu
20150915222137

bergerak
TAG