"Ada tidak menambah, tiada tidak berkurang."


ANALISIS RINGKAS KEMASUKAN SAIFUDIN ABDULLAH KE DALAM PKR

"Ada tidak menambah, tiada tidak berkurang." Demikianlah perumpamaan yang sesuai buat Saifuddin Abdullah yang bukan sahaja ditolak oleh para pengundi Parlimen Temerloh, bahkan gagal juga menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Menteri (mantan) dan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Para pemimpin dan akar umbi UMNO Barisan Nasional amat bersyukur dan berterima kasih pada beliau kerana tidak lagi menjadi duri dalam daging kepada parti.

Ia bukanlah suatu kehilangan besar kepada UMNO sebagaimana perletakan jawatan Dr. Boo Cheng Hau (DAP) selaku Ketua Pembangkang Johor dan krisis-krisis dalaman DAP dan PKR dewasa ini.

Rata-rata para pemimpin dan akar umbi UMNO, Barisan Nasional, DAP, PAN dan PAS merasa drama politik PKR akan lebih menarik dan rancak selepas 22 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menghantar petisyen bantahan ke atas penubuhan Pakatan Harapan dan tertunggu-tunggu kecenderungan politik Saifuddin samada sebagai fraksi dan kroni kepada Presiden atau Timbalan Presiden PKR.

Sudah pasti sebagai seorang ahli politik berpengalaman beliau mempunyai "hidden agenda" dan "personal interest" sendiri mengapa memilih wadah perjuangan PKR dan tidak PAS, PAN atau DAP.

Jika berdasarkan kenyataan Dr. Wan Azizah Ismail bahawa Anwar Ibrahim gembira dengan kemasukan Saifudin ke dalam PKR, ia merupakan suatu petunjuk dan isyarat jelas kepada penyandang-penyandang kerusi tertinggi parti samada Presiden, Timbalan atau Naib-naib Presiden bahawa Saifuddin sedang mengintai dan dipersiapkan untuk menduduki salah satu dari kerusi-kerusi tersebut.

Jika pemilihan PKR sebelum ini menyaksikan puluhan laporan salah laku dan penyelewengan serta jutaan ringgit berterbangan selain dari meja dan kerusi, maka kehadiran Saifuddin dilihat tidak akan menjadikan pemilihan akan datang lebih baik dari sebelumnya.

TAG