LPT 1 & 2 Ada Sejarah Sendiri - Solat Hajat

Sejarah Pembukaan LPT 1 pada tahun 2004 dulu pun sama kejadiannya yang sedang berlaku kepada LPT 2 dari Jabor ke Gemuruh Kuala Nerus. - Sejarah Pembukaan LPT 1 pada tahun 2004 dulu pun sama kejadiannya yang sedang berlaku kepada LPT 2 dari Jabor ke Gemuruh Kuala Nerus.

Pada ketika itu pelbagai kencaman yang dibuat natizen terhadap kerajaan pada masa itu dan sejarah itu berulang kembali apa bila LPT 2 beroperasi hampir 2 tahun ini.

Memanhg tidak dinafikan akan kemalangan itu berlaku disebabkan permukaan jalan yang tidak rata dan beralun akan tetapi setiap perkara yang berlaku itu mempunyai sebab musibatnya sendiri.

Pada akal yang cetik ini akan memperlihatkan kesalahan itu kepada kerajaan dan sebagai tetapi sikap pemandu atau pengguna lebuh raya itu sendiri harus di lihat secara lebih mendalam.

Bukan admin menidakkan dan membuat ahli² keluarga mangsa kemalangan maut berasa dan terasa mana mungkin dengan kecuaian pengguna juga penyumbang kepada kejadian yang sedang melanda LPT 2 kali ini.

Mari kita lihat sejarah ini.... artikel ini dikeluarkan pada tahun 2004  yang lalu...

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman Pancras percaya terdapat sesuatu yang `tidak kena' dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga berlaku lebih 150 kemalangan sejak ia dibuka dua bulan lalu.

Ini kerana, katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan Polis Trafik Pahang mendapati beberapa lokasi sepanjang LPT berpotensi mengundang kemalangan maut dan kenderaan mudah terbabas.

Beliau memberitahu, antara lokasi yang dilaporkan sering berlaku kemalangan ialah dari Kilometer (Km) 90 hingga 131 berdekatan Lancang dan Temerloh.

``Kajian dan rekod kami menunjukkan di daerah Temerloh sahaja terdapat 47 kes kemalangan sejak LPT dibuka.

``Daripada jumlah itu, 36 kes dilaporkan berlaku di Kilometer 90 hingga 131.

``Walaupun tidak dinafikan kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia dan memandu melebihi had laju, tetapi kita juga tidak boleh mengetepikan faktor seperti keadaan jalan raya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemalangan membabitkan seorang warga emas, Kidin Mohamad, 82, yang terbunuh selepas tercampak keluar dari ambulans yang terbabas lalu terbalik di Km 187, LPT dekat Kuantan, semalam.

Statistik Polis Trafik Pahang menunjukkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 153 kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang LPT termasuk tiga kemalangan menyebabkan kematian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini dikritik hebat setelah didapati struktur jalan di lebuh raya itu tidak berkualiti semasa dibuka 1 Ogos lalu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) terpaksa menyiasat dakwaan itu.

Menurut Gingkoi, pihaknya sudah memaklumkan dan menyerahkan beberapa laporan berhubung lokasi berbahaya itu kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pengendali LPT, MTD Capital Berhad (MTD) untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis trafik akan memantau perkembangan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan khususnya melibatkan kematian.

``Di samping itu, kita juga mungkin menempatkan anggota-anggota di lokasi yang dianggap berbahaya khususnya menjelang musim perayaan bagi mengawasi keadaan di situ,'' katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Gingkoi meminta orang ramai supaya memberikan laluan sekiranya mendengar isyarat kecemasan dari ambulans, bomba atau kenderaan pasukan keselamatan.

Di Kuantan, ARSHAD KHAN melaporkan, pemegang konsesi Lebuh LPT, MTD Capital Berhad diminta mempercepatkan pemasangan papan tanda amaran angin lintang dan kabus di beberapa lokasi sepanjang laluan sejauh 169 kilometer di lebuh raya itu.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, pemasangan papan tanda perlu disegerakan kerana kawasan Pantai Timur sudah mula memasuki musim monsun dan jumlah kenderaan semakin banyak pada musim perayaan ini.

Keadaan hujan yang kerap dan berangin kata beliau, akan menyebabkan pergerakan angin lintang berlaku dengan lebih banyak.

``Sebelum ini kita diberitahu, papan-papan tanda berkenaan akan dipasang pada minggu lepas, namun sehingga ke hari ini, selepas saya menelefon MTD, dimaklumkan papan-papan tanda beSejarah Pembukaan LPT 1 pada tahun 2004 dulu pun sama kejadiannya yang sedang berlaku kepada LPT 2 dari Jabor ke Gemuruh Kuala Nerus. - Sejarah Pembukaan LPT 1 pada tahun 2004 dulu pun sama kejadiannya yang sedang berlaku kepada LPT 2 dari Jabor ke Gemuruh Kuala Nerus.

Pada ketika itu pelbagai kencaman yang dibuat natizen terhadap kerajaan pada masa itu dan sejarah itu berulang kembali apa bila LPT 2 beroperasi hampir 2 tahun ini.

Memanhg tidak dinafikan akan kemalangan itu berlaku disebabkan permukaan jalan yang tidak rata dan beralun akan tetapi setiap perkara yang berlaku itu mempunyai sebab musibatnya sendiri.

Pada akal yang cetik ini akan memperlihatkan kesalahan itu kepada kerajaan dan sebagai tetapi sikap pemandu atau pengguna lebuh raya itu sendiri harus di lihat secara lebih mendalam.

Bukan admin menidakkan dan membuat ahli² keluarga mangsa kemalangan maut berasa dan terasa mana mungkin dengan kecuaian pengguna juga penyumbang kepada kejadian yang sedang melanda LPT 2 kali ini.

Didunia ini juga bukan sahaja ummat manusia yang berpenghuni akan tetapi hakikatnya makluk² Allah yang lain turut berkongsi kehidupan nyata dan ghaib.

Mari kita lihat sejarah ini.... artikel ini dikeluarkan pada tahun 2004  yang lalu...

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman Pancras percaya terdapat sesuatu yang `tidak kena' dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga berlaku lebih 150 kemalangan sejak ia dibuka dua bulan lalu.

Ini kerana, katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan Polis Trafik Pahang mendapati beberapa lokasi sepanjang LPT berpotensi mengundang kemalangan maut dan kenderaan mudah terbabas.

Beliau memberitahu, antara lokasi yang dilaporkan sering berlaku kemalangan ialah dari Kilometer (Km) 90 hingga 131 berdekatan Lancang dan Temerloh.

``Kajian dan rekod kami menunjukkan di daerah Temerloh sahaja terdapat 47 kes kemalangan sejak LPT dibuka.

``Daripada jumlah itu, 36 kes dilaporkan berlaku di Kilometer 90 hingga 131.

``Walaupun tidak dinafikan kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia dan memandu melebihi had laju, tetapi kita juga tidak boleh mengetepikan faktor seperti keadaan jalan raya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemalangan membabitkan seorang warga emas, Kidin Mohamad, 82, yang terbunuh selepas tercampak keluar dari ambulans yang terbabas lalu terbalik di Km 187, LPT dekat Kuantan, semalam.

Statistik Polis Trafik Pahang menunjukkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 153 kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang LPT termasuk tiga kemalangan menyebabkan kematian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini dikritik hebat setelah didapati struktur jalan di lebuh raya itu tidak berkualiti semasa dibuka 1 Ogos lalu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) terpaksa menyiasat dakwaan itu.

Menurut Gingkoi, pihaknya sudah memaklumkan dan menyerahkan beberapa laporan berhubung lokasi berbahaya itu kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pengendali LPT, MTD Capital Berhad (MTD) untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis trafik akan memantau perkembangan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan khususnya melibatkan kematian.

``Di samping itu, kita juga mungkin menempatkan anggota-anggota di lokasi yang dianggap berbahaya khususnya menjelang musim perayaan bagi mengawasi keadaan di situ,'' katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Gingkoi meminta orang ramai supaya memberikan laluan sekiranya mendengar isyarat kecemasan dari ambulans, bomba atau kenderaan pasukan keselamatan.

Di Kuantan, ARSHAD KHAN melaporkan, pemegang konsesi Lebuh LPT, MTD Capital Berhad diminta mempercepatkan pemasangan papan tanda amaran angin lintang dan kabus di beberapa lokasi sepanjang laluan sejauh 169 kilometer di lebuh raya itu.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, pemasangan papan tanda perlu disegerakan kerana kawasan Pantai Timur sudah mula memasuki musim monsun dan jumlah kenderaan semakin banyak pada musim perayaan ini.

Keadaan hujan yang kerap dan berangin kata beliau, akan menyebabkan pergerakan angin lintang berlaku dengan lebih banyak.


``Sebelum ini kita diberita
TAG