Malaysia Kini SPIN Habih Tea H60K - hihihi

Banyak-banyak Masjid di Kota Baharu, disini juga tumpuannya.
Semoga mendapat BAROKAH dari NYA, Aminnn...
Himpunan Hijau Fastaqim (H60K) yang diadakan di Stadium Mohamad  IV Kota Baharu hari ini adalah lainnya tidak hanya mahu menunjukkan bahawa PAS masih kuat tanpa Pakatan Rakyat atau kini Pakatan Harapan.

PAS telah ditinggalkan oleh rakan pakatan mereka semasa PRU 12 dan 13 yang lalu dan kini PAS sudah bersendirian mahu menuju Putrajaya pada PRU ke 14 nanti.

Dikatakan dengan sokongan orang muda yang makin meningkat PAS masih berharap mendominasi perjuangan mereka ke Putrajaya walaupun tanpa rakan-rakan dari DAP,PKR dan Amanah.

Himpunan H60K hari ini menunjukkan bahawa PAS tidak selemah yang dikatakan oleh DAP dan PKR  selama ini dan pada sebelah petang tadi Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.

Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim.

Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’.

Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.

Untuk rekod oren merupakan warna rasmi bagi parti Amanah, manakala merah menjadi warna tema yang digunakan peserta himpunan bangkit Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Fadhli Shaari ketika ditemui berkata, setakat jam lima petang, sambutan dari ahli Pas amat baik.


"Insya-ALLAH malam ini penyokong akan memenuhi stadium,"katanya.
TAG