Mangsa Tetak di Kuala Besut - Kg. Pachakan

Kuala Besut : Kejadian tetak berlaku di Kuala Besut pada petang tadi pada jam 2.30 petang disebuah kedia gunting di Kampung Pachakan oleh 3 orang bertopeng penuh dan suspek bersenjatakan parang.

Didalam kejadian itu mangsa Muhammad Al Amin  Zakaria,23, berasal dari Kampung Air Tawar, Semerak, Pasir Putih, Kelantan telah ditetak dibelakang kedai tersebut.

Sebelum kejadian mangsa bersama seorang rakan ke kedai gunting tersebut dan semasa itu mangsa melihat 3 lelaki melayu yang menaiki kereta proton perdana warna hitam telah meluru masuk kedalam kedai bersama parang ditangan mereka.

Apabila melihat keadaan itu mangsa telah melarikan diri kebelakang kedai dan telah dikejar oleh suspek.

Selepas ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan kerata rakan mangsa melihat dibelakang kedai tersebut dan didapati mangsa telah cedera ditetak oleh suspek.

Kecederaan yang dialami mangsa agak parah dan beberapa bahagian tubuh mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan diantaranya di ibu jari kanan bawah buku lali kanan, betis kanan, kepala sebelah kanan, kaki kiri, lengan tangan kanan dan tangan kanan.

Mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan selepas itu dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.


Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain.





TAG