Solat Hajat di Seluruh R&R di LPT 2

perasig
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan mengadakan mesyuarat khas dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengenalpasti kawasan berisiko serta langkah yang perlu diambil bagi mengelak kejadian kemalangan ngeri berulang di kawasan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Isnin ini.

Beliau memaklumkan perkara itu semalam kepada pemberita, setelah menziarahi anak mangsa kemalangan maut di LPT2 rabu lalu, Puteri Nabila Azaman 19 tahun di Kampung Masjid Raja, Chendering, Kuala Terengganu.

“Pihak kerajaan negeri juga berhasrat untuk menempatkan anggota JPAM di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko”

“Ini bagi memudahkan mereka bergegas dan memberi pertolongan awal sekiranya ada berlaku kemalangan ataupun kecemasan di kawasan LPT2 tersebut”

“Segala kos penempatan dan mobiliti akan ditanggung oleh kerajaan negeri”, katanya lagi.

Sementara itu , beliau juga memaklumkan kerajaan negeri juga akan adakan majlis solat hajat bagi memohon sebarang kejadian tidak dingini berulang di kawasan LPT 2
TAG