Cemerlang SPM Hadiah Mengerjakan Umrah - Ahmad Razif

Ramai yang mempertikai apabila Yab Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan akan memberi hadiah UMRAH kepada mana-mana pelajar yang CEMERLA dalam SPM 2015 ini.

Ramai juga yang membuat tuduhan dan pelbagai tomahan kepada beliau dan perkara itu dianggap membazir duit rakyat bagi sesetengah pihak.

Apa yang diributkan sangat dengan pengumuman itu sedang terang lagi jelas belaiu mahu menghadiahkan umrah itu menggunakan duit beliau “Sumbangan Peribadi".... kalu dok paham jugok memang mereka² dok reti baca lah tu..



Baca Artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian ini…. Kalu dok paham jugok memang BODOWWW Benor lah….haha

KUALA NERUS: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang memperoleh keputusan cemerlang akan menerima insentif menunaikan umrah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata insentif menunaikan umrah itu adalah sumbangan peribadi beliau untuk calon peperiksaan SPM yang berasal dari kawasan DUN Seberang Takir.

Katanya, insentif khas itu disediakan sebagai galakan kepada calon di Seberang Takir memperoleh keputusan cemerlang dan dinobatkan sebagai calon terbaik peringkat negeri.

"Insentif menunaikan umrah itu adalah hadiah peribadi saya untuk calon yang dilahirkan dan menetap di DUN Seberang Takir," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan calon peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, di sini, hari ini.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, tahun ini seramai 21,235 calon menduduki peperiksaan SPM di 177 pusat termasuk dua di penjara Marang.
TAG