ISLAM Agama Persekutuan ::: DAP Jangan Cuba Nak Cabar Agama Kami??

video

Beberapa siri video yang mana telah menggangu gugat usaha untuk menidakkan bahawa AGAMA ISLAM adalah AGAMA RASMI Negara mengikut Perlembagaan Negara.

Kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistiewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewaan ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

LATAR BELAKANG AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Orang-orang Melayu telah berjuang menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda demi melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam.


Batu bersurat Terengganu ditemui di Kuala Berang, Terengganu dan bertulisan Jawi

Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk menyebakan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.



Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan pemimpin-pemimpin Melayu menghendaki pemimpin Melayu menerima penasihat Inggeris di Perak. nasihat beliau perlu diminta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang Melayu. Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.  Kesannya, pada akhir abad-19 kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat Inggeris ini. 

Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu, Perlembagaan Johor pada tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri keislaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut menyebutkan bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa Melayu berketurunan diraja Johor dan beragama Islam.  Perlembagaan di negeri Terengganu pada tahun 1911 juga bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukan mengendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang agma Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu. Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan tiada agama lain yang boleh dijadikan agama rasmi di negeri Terengganu.
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaaan Malaya yang merdeka pada awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Tidak juga disebut bahawa negara ini negara sekular. Ini sama seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Perkara 3 (1) yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan,tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai mana-mana bahagian Persekutuan.



 KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistiewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewaan ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Kedudukan istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungan merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.

KESAN PERUNTUKAN PERKARA (3)

Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukan bahawa Islam adalah agama rasmi  negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembaggan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembaggan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang menarik  untuk diberi perhatian ialah peruntukan dalam perlembagaan.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi negara namun peruntukan mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4 manakala bagi Islam pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamman tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3.

Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya. Perlu diingat bahawa walaupun Perlembagaan itu adalah undng-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya namun harus diingat bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang Islam itu adalah sebahagian dari kandungan Perlembagaan itu sendiri.

Melalui perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa perlembagaan negeri-negeri Melayu sama ada secara bertulis atau tidak telah memperuntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Penerimaan ini telah membawa pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu sebelum Inggeris memperkenalkan undang-undangnya secara beransur-ansur melalui proses perudangan dan pentadbiran, walaupun pada hakikatnya Inggeris tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ehwal adat Melayu dan agama Islam. Makna Islam yang difahami dalam perlembagaan negeri-negeri Melayu dan oleh orang Melayu sendiri adalah secara holistic bukannya secara secular.


Oleh yang demikian, tidaklah hairanlah mengapa Islam menjadi agama Persekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara. Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai saejarah dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.
TAG