LIDAH RASMI PAS TERENGGANU Macam LEMBU PATAH Tanduk - Azan Ismail Kuala Berang

“Wahai Razif, Pemimpin Kerajaan Umno Terengganu…..Janganlah Tamak Haloba”

Buletin online : Oleh kerana beberapa ‘kerat’ pemimpin Umno yang mahukan keuntungan segera, habis digadai seluruh harta benda.

Kata orang tua-tua bercakap jangan pakai kepala lutut... Ini suatu kenyataan yang tidak berasas dan kalu orang kata cakap berdegar-degar, sedangkan ekor bergemulang dengan tahi. 

Siapa yang menggadaikan harta benda rakyat. Siapakah sebenarnya yang mahu keuntungan segera habis digadai seluruh harta benda?

Bukankah Kerajaan Pas yang meluluskan 10,000 ekar  (4,000 hektar) tanah balak hutan simpan di Hulu Dungun kepada kroni Pas, yakni syarikat dimiliki Pengarah Urusan Akhbar Harakah waktu itu. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Pas, Haji Abdul Awang sendiri yang meluluskan.
dr sulaiman kebas tanah
Bukankah semasa Pas memerintah Terengganu seorang wakil rakyat Pas (seorang doktor) dan isterinya Doktor Pergigian diluluskan tanah seluas 130 ekar atau 50.8 hektar di Durian Mentangau Dungun.
saman 1 billion
Bukankah kerana skandal balak semasa Pas kerajaan negeri Terengganu berdepan saman RM1 billion dari Riyapadu iaitu bayaran ganti rugi. Yang menandatangani perjanjian mengambil hasil hutan Daerah Hulu Terengganu seluas 16,587 hektar pada 3 April 2003 konon untuk empangan kedua, tidak lain dan tidak bukan Haji Hadi sendiri!

Pengerusi JSR dan kroni Pas turut diberi kawasan balak di antara
200 hingga 500 hektar setiap satu sebagai habuan menyokong Pas.
Bahkan yang paling ketara penyelewengan dan salah guna kuasa ialah apabila dua orang anak Exco Kerajaan Pas diberikan wang zakat untuk membiayai pelajaran sedangkan masih ramai yang lebih layak menerimanya kerana kemiskinan.

Tanah kawasan komersial diberikan kepada puak-puak Pas:

Kawasan komersial Lot PT3378, keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada puak-puak Pas pada 18 September 2002 dengan bayaran premium hanya RM340,000.  Pengerusinya ialah Bendahari Pas waktu itu dan termasuk juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu jawatankuasanya. Kerajaan BN Terengganu terpaksa membeli semula tanah itu dengan harga RM8 juta lebih….penulis hendak bertanya, Pas dan Buletin Online siapa dapat untung segera?

Tidak kira ulamak ke, ustaz ke, semua dapat bahagian mereka. Tanah lot kedai PT3431 juga demikian, antara lembaga Pengarah syarikat itu ialah orang kanan urusetia Lujnah Ulamak Pas Malaysia.

Banyak lagi lot-lot tanah kerajaan atau kira hak milik rakyatlah mengalir kepada kroni Pas seperti PT3428 dibeli balik dengan harga RM465,715.00, lot PT3429 dibeli balik dengan harga RM372,000,500.00, PT3430 (RM372,500) dan PT3431 dibeli balik dengan harga RM365,00.00.
Berapa banyak keuntungan segera diperolehi oleh kroni Pas dengan pendapatan dari jualan tanah kerajaan yang diperolehi semasa Pas memerintah Terengganu?

Isteri pemimpin Pas pun mendapat habuan:
Isteri pemimpin Pas juga tidak ketinggalan mendapat habuan dunia ini semasa Pas memerintah Terengganu- lot PT1830 di Mukim Batu Burok seluas 4,932 meter persegi dengan belian balik RM2 juta lebih (RM2,096,100.00).
Aduhai kalaulah ini perangai dan perlakuan pemimpin Pas bila diberi kuasa, ada hati lagi mereka hendak ganti Umno untuk berkuasa semula….minta maaf banyak-banyaklah, tidak akan kami biarkan perompak berkuasa kembali.
TAG