Mohd Nor Cuba Menjadi Hero Dengan Menuduh Pemimpin UMNO Penyebab Kemalangan LPT 2

LEMBAB??? “Dengan laporan ini juga sekaligus menunjukkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kelihatannya seperti mah...

LEMBAB???



“Dengan laporan ini juga sekaligus menunjukkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kelihatannya seperti mahu memperbodohkan rakyat dengan kenyataan beliau bahawa 70 peratus kemalangan di LPT2 adalah berpunca dari sikap pemandu, ataupun dia dibodohkan dengan perasaan ingin mengelak dari dituduh membazirkan duit rakyat.
Umno dengan wang rakyat, memang sentiasa berkrisis, maka isu medapan di lebih 92km dan berjumlah kira-kira RM2 billion itu, pastinya akan menjadi tugu yang kekal kepada pemerintahannya” – BulitenOnline

Kenyataan diatas adalah satu tuduhan dan FITNAH yang amat berat dilemparkan oleh seorang yang bergelar USTAZ dari pengikutnya dan satu artikel berniat jahat bagi menghasut rakyat untuk terus memperlihatkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan hari ini.
Artikel yang ditulis oleh Adun Bukit Payong ini dengan penuh sifat dendam dan hasad dengki telah diterjemahkan dalam penulisan bersifat menghasut dan juga berniat JAHAT.
Tulisan yang memainkan emosi pembaca dan rakyat itu telah dimuat naikkan dalam portal rasmi PAS Terengganu dan juga Fan Page beliau beberapa hari ni dan telah diviralkan oleh penyevar upahan mereka didalam media social.
Hakikatnya Laporan dari Lembaga Lebuh Raya Malaysia(LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) semua itu dinafikan oleh Adun Bukit Payong .
70 peratus kemalangan yang berpunca dari kecuaian itu adalah fakta yang telah dibuat kajian oleh ketiga-tiga jabatan atau agensi yang terlibat secara keseluruhan dalam kes Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT) ini.
Statistik yang dikeluarkan  oleh PDRM  tentang kemalangan yang berlaku di LPT2 berpunca dari kecuaian adalah benar dan telah diterjemahkan dalam fakta kemalangan sepertimana berikut :-

Punca Kemalangan Maut di LPT 2
1.      Laju dan terbabas 26 kes – 36 kematian
2.      Laju dan langgar belakang 9 kes – 10 kematian
3.      Laju dan bergesel 3 kes – 4 kematian
4.      Mengantuk dan langgar belakang 4 kes – 5 kematian
5.      Mengantuk dan terbabas 2 kes – 4 kematian
6.      Lintasan air / lopak air  8 kes – 11 kematian
7.      Tayar pancit / tayar pecah 5 kes – 7 kematian
8.      Angin lintang 1 kes – 1 kematian
9.      Kabus tebal 1 kes – 2 kematian
10. Langgar lembu 3 kes – 4 kematian
11. Langgar kerbau 3 kes – 3 kematian

Jumlah keseluruhan sepanjang pembukaan LPT2 dari  Januari 2011 hingga 8 November 2015 sebanyak 65 kes kemalangan dengan 87 kematia yang telah direkodkan oleh pihak PDRM dan juga LLM.
Berpandukan pada rekod dan FAKTA  tersebut jelas kelihatan antara kecuai semasa memandu adalah punca kemalangan maut di LPT 2 dan hanya 8 kes yang melibatkan struktur jalan yang tidak rata.
FAKTA ini jelas tetapi sayangnya YB Mohd Noor Hamzah hanya memetik sebahagian daripada ucapan ketua pengarah LLM tanpa mendedahkan isi sepenuhnya kronologi serta fakta penting mengenai laporan tersebut.
Ini diselangi pula dengan putar belit serta ditambah hasutan dengan penuh hasad dengki bagi membuatkan kebencian rakyat terhadap UMNO makin meluap-luap.
Mohd Nor hanya mengambil sekelumit kecil ucapan tersebut tanpa mengambil kira laporan-laporan dari agensi-agensi berkaitan seperti JKR, IKRAM, MIROS serta statistik kemalangan dan punca yang pernah dibentangkan oleh pihak PDRM sebelum ini.
Menurut ‘matematik mudah’ yang diberikan oleh Adun Bukit Payung, sebanyak RM 2 billion wang rakyat dimendapkan dengan kerja-kerja tidak betul. Ini berdasarkan laporan dari LLM yang mengatakan ‘separuh dari LPT2 dibina di atas tanah lembut yang menyebabkan permukaan lebuh raya beralun’.
Tahukah Mohd Nor Hamzah, selepas LPT 2 siap dibina, ia telah melalui proses audit oleh MIROS yang mengesahkan ianya menepati ciri antarabangsa. YA, MENEPATI CIRI ANTARABANGSA.
Perubahan bentuk muka bumi seperti tanah mendap dalam masa setahun dua bukanlah kuasa kita.
Waima tanah runtuh di Karak sehingga tidak boleh digunakan sehari dua, pada siapa kita menunding jari?
Bah kuning terbesar di Kelantan tahun lalu sehingga meranapkan infrastruktur, jambatan roboh, jalanraya rosak serta rumah-rumah hancur sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit, kontraktor mana yang harus dipersalahkan?
Jika faktor alam menjadi penyebab Mohd Nor menunding jari, maka dia tidak layak sama sekali dilabelkan bodoh, tetapi bolehlah mula melabelkannya sebagai GILA.
Tidak kurang itu, Mohd Nor menuduh Razif cuba meletakkan kesalahan kepada rakyat berhubung kenyataan Menteri Besar yang berbunyi , “70 peratus kemalangan di LPT2 berpunca dari sikap pemandu”.
Saya berasa hairan mengapa Mohd Nor Hamzah menyembunyikan petikan-petikan lain dari ketua pengarah LLM? Tidak menguntungkannya barangkali.
Menurut ketua pengarah LLM,  ‘apabila kenderaan dipandu laju di situ (jalan yang beralun) berkemungkinan mudah untuk pemandu terlibat dalam kemalangan’.
‘pandu laju’, inilah yang merujuk kenyataan dari Ahmad Razif berhubung ‘sikap pemandu’. Kenyataan ‘sikap pemandu merupakan penyumbang kepada faktor kemalangan’ dikuatkan pula dengan statistik dan laporan yang diperolehi dari JKR dan LLM seperti di bawah :
1. Kes Laju Dan Terbabas - 338
2. Laju Dan Langgar Belakang - 67
3. Laju Dan Bergesel - 32
4. Mengantuk Dan Langgar Belakang - 53
5. Mengantuk Dan Terbabas - 35
6. Tayar Pancit / Tayar Pecah - 39
7. Langgar Lembu - 41
8. Langgar Kerbau - 15
9. Binatang Liar - 51
10. Lintasan Air/Lopak Air - 70
11. Langgar Objek Dalam Jalan - 6
12. Berhenti Lorong Kecemasan - 1
13. Angin Lintang - 5
14. Jalan Licin - 1
15. Mengundur - 1

‘JKR telah menjalankan Audit Keselamatan jalan (RSA) selepas projek LPT 2 siap’ dan ‘Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesahkan lebuhraya LPT2 menepati  syarat-syarat antarabangsa’ bukan sebuah laporan yang ditulis sendiri oleh Ahmad Razif, tetapi disediakan oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Mana mungkin seorang pemimpin yang beragama Islam mengkhianati amanah, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan serta nyawa rakyat.
Maka tidak adil sama sekali YB Bukit Payung menuduh Razif memperbodohkan rakyat tanpa membentangkan keseluruhan isi laporan berkenaan bersertakan statistic bagi menyokong kenyataan yang dibuat itu.
Mahu tunggu sehingga semua laporan dikumpulkan? Rakyat sedang menanti jawapan, apa salahnya memberikan laporan secara berkala jika data-data di setiap laporan adalah sata yang sebenar? Nak ikut cara YB Adun Bukit Payung yang tak ‘up to date’ dan lembab? Nak menunggu dan simpan sehingga basi?
Jika merujuk kepada data serta fakta laporan dikatakan sebagai ‘memperbodohkan’ rakyat oleh YB Adun Bukit Payung, entah apa lagi mahu saya perkatakan. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan. Bukan Razif yang dibodohkan, bukan rakyat yang diperbodohkan...
Tetapi Adun Bukit Payung itu sendiri yang bodoh, banggang dan sebagainya(emosi).

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Mohd Nor Cuba Menjadi Hero Dengan Menuduh Pemimpin UMNO Penyebab Kemalangan LPT 2
Mohd Nor Cuba Menjadi Hero Dengan Menuduh Pemimpin UMNO Penyebab Kemalangan LPT 2
http://3.bp.blogspot.com/-LZwDvWRXMh0/VkgvcDbH-4I/AAAAAAAAEl4/LSKfdGqbQ9Y/s640/images%2B%25282%2529.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-LZwDvWRXMh0/VkgvcDbH-4I/AAAAAAAAEl4/LSKfdGqbQ9Y/s72-c/images%2B%25282%2529.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/11/mohd-nor-cuba-menjadi-hero-dengan.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/11/mohd-nor-cuba-menjadi-hero-dengan.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy