Terengganu Siap Siaga Hadapi Musim Tengkujuh - Ahmad Razif

Terengganu kini bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh yang kebiasaannya melanda Pantai Timur bermula bulan november sehingga  januari pada setiap tahun.

Beliau berkata demikian dalam  sidang media di Pesona Terengganu 2015 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Yab Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, kerajaan negeri Terengganu dalam keadaan siap siaga  menghadapi sebarang kemungkinan bagi menghadapi musim ini saban tahun(banjir).

"Terengganu telah membuat simulasi bencana banjir dikawasan yang sentiasa mengalami banjir ketika tiba musim tengkujuh dan biasanya ianya berlaku pada hujung tahun"

"Sebanyak 521 lokasi dan 161 pengkalan telah dikenal pasti dan telah digezetkan bagi menghadapi musim ini di seluruh negeri Terengganu dengan segala kemudahan banjir dari segi makanan , pengangkutan dan sebagainya"

"Kerajaan negeri juga mengambil langkah-langkah jangka pendek seperti membersihkan parit-parit dan membuat tambatan banjir bagi memastikan masalah banjir , katanya .


TAG