UMNO Terus KUKUH Menjelang PRU 14 - 21,000 UMNO Cawangan

Kekuatan UMNO terus diuji dengan beberapa isu sejak selesainya PRU 13 yang mana diketahui umum bahawa PRU 13 adalah segala ibu kepada pru-pru yang sebelum itu.

Setelah kegagalan pembangkang untuk menjatihkan UMNO BN semasa pru yang lalu dan mula mengatur langkah untuk menyerang kapten kapal yang jauh lebih kukuh dibandingkan dengan bayangan hari ini.

Beberapa isu besar yang menjadi target pembangkang dengan strategi yang di susun rapi dengan serangan bertali arus kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah banyak melakukan perubahan (transformasi) dari segi ekonomi, politik dan juga diplomatik.

Dengan keberanian Transformasi yang dilakukan Najib hari ini telah membuat ramai membuka mata terutama pihak pembangkang dengan sokongan dalaman UMNOBN yang dilihat berhaluan kiri.

Serangan pertama yang diatur oleh pembangkang selepas gagal menjadi kerajaan selepas PRU 13  dengan penyerang Anak Syarikat kerajaan Malaysia(1MDB) dengan pelbagai momokan yang telah meresap kedalam tubuh badan rakyat. Link 1MDB

Kemudian Tabung Haji diserang kononnya menyalah gunakan wang pendeposit Tabung Haji dan ramai yang mempercayainya serta mengeluarkan wang dari Tabung Haji kerana marah dan bimbang Tabung Haji akan bengkrap.( Institusi ISLAM)

Selepas itu YAPEM pula difitnah menyalah gunakan wang anak-anak yatim serta berpuluh ribu membatalkan potongan gaji mereka untuk anak-anak Yatim melalui YAPEM. ( Institusi ISLAM)
Terkini JAKIM pula diserang dan difitnah oleh kumpulan Liberal kononnya menjadikan umat islam jumud dan menyebabkan rakyat Malaysia menjadi islam ala JAKIM. ( Institusi ISLAM)

Adakah kumpulan yang sering mempercayai fitnah ini sudah hilang keyakinan kepada JAKIM dan tidak lagi mahu membeli barangan yang ada tanda HALAL JAKIM ?

Berbalik Rancangan 200 UMNO cawangan di seluruh negara untuk mengadakan bantahan besar-besaran bagi mendesak Najib letak jawatan yang mana mungkin didalangi pihak tertentu.

Menurut Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,perbuatan itu nyata  tidak betul sama sekali dan dalam perlembagaan parti UMNO mempunyai cara yang tersendiri.

Beliau merasakan bahawa ada dalang yang telah menggunakan ketua-ketua cawangan ini bagi membuat gempar di Persidangan Agong UMNO 2015 ini bagi menarik pemerhati di persidangan itu.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, tindakan ketua-ketua cawangan berkenaan tidak akan mengugatkan kedudukan Najib sebagai Presiden Parti UMNO, kerana jumlah tersebut tidak mewakili 21,000 UMNO cawangan di seluruh negara.

“Perlu kita ketahui 21,000 cawangan UMNO seluruh negara, bukan kita mahu perkecilkan tindakan yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan dalang berkenaan supaya berhenti mempengaruhi UMNO cawangan yang lain sebaliknya bertindak mengunakan cara yang betul untuk membuat kritikan.
“Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak tetapi UMNO hidup dan terus releven. Perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan UMNO,” katanya.


TAG