DANA SEKOLAH 2016 : Diaguhkan Minggu Ke 4 Disember 2015


Kerajaan negeri Terengganu akan mula mengagihkan Bantuan Dana Persekolahan pada  minggu ke empat bulan ini (hadapan).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri hari ini di Wisma Darul Iman.

Menurut Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu, dana sekolah 2016 itu akan diagihkan  yang mana melibatkan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit.

“Pengagihan bagi tahun 2016 itu melibatkan 100 ribu pemohanan  yang layak dan pendapatan isi rumah RM 2 ribu kebawah”

“Setiap keluarga yang layak akan menerima 200 ringgit untuk 2 orang anak yang masih bersekolah di tahun 2016 ini” katanya.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri berada di landasan yang betul dengan Prinsip ke 8 Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Memperkasakan Pendidikan dan kerajaan akan memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada hujung bulan ini.

“Kerajaan negeri Terengganu akan memberi anugerah itu kepada semua 699 orang yang telah berjaya dalam PT3 ini dan telah mencapai peningkatan sebanyak 2.7 peratus keseluruhan”

Majlis itu akan diadakan pada 31 Disember ini bagi memberi pengiktirafan serta semangat kepada pelajar-pelajar agar terus cemerlang dalam Pendidik”, katanya.

- Terengganu Times
TAG