FullSTOP ::: PENDIRIAN TEGAS TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG KELULUSAN PERLOMBONGAN BAUKSIT DI TERENGGANU - Ahmad Razif

Mengapa BAUKSIT ?


Pada hemat penulis berkenaan dengan isu bauksit yang mana umum mengetahui akan masalah  yang berlaku diatas isu yang semakin menyentuh hati rakyat terutama yang telah menerima tempias dari pelombongan bauksit dinegeri Pahang Darul Makmur.


Bumi Terengganu juga tidak terlepas dari tempiasnya, ada yang menyatakan kawasan jajar Bukit Goh, Gebeng adalah tempat membuat kereta celup tepung yang baru di negeri itu.


Yang terbaru dikawasan Jabor, Cheneh dan Telok Kalong telah menjadi kawasan tumpuan kepada semut-semut bauksit yang mana mengejar trip dan keuntungan bagi lori yang mengangkutnya.


Bagi pihak  kerajaan Negeri mereka sentiasa berusaha dan mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah berkaitan isu bauksit yang mengangggu pencemaran alam sekitar, kerosakan jalan raya dan lain-lain demi kepentingan penduduk yang terbabit tertama di daerah Kemaman..


Sebenarnya untuk pengetahuan seluruh rakyat dan juga pembangkang negeri Terengganu,  satu JAWATANKUASA KHAS berkaitan telahpun ditubuhkan  bagi menangani masalah yang berlaku yang mana menjejaskan kepentingan rakyat dan sebagainya.


Sebelum ini kerajaan negeri telah mengarahkan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) membuat rondaan 24 jam di kawasan berkenaan setelah didapati terdapat perlombongan secara haram berlaku dan PTG akan mempergiatkan lagi langkah bagi menghalang perkara itu..


Hasilnya beberapa operasi di kawasan itu dijalankan dan berjaya menahan lori-lori yang menceroboh mengambil bahan berkenaan di kawasan itu serta didenda mengikut perundangan.


Dalam  beberapa operasi yang telah dijalankan oleh agensi-agensi dan jabatan yang terlibat  dan ada di antara mereka yang dikenakan denda sehingga RM15,000 namun ianya tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesalah tersebut kerana hasil diperolehi dalam masa sehari adalah melebihi daripada itu (jumlah denda).


Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan sebarang aktiviti pengeluaran dan pengangkutan bauksit menggunakan Pelabuhan Kemaman demi kepentingan penduduk setempat.


Setakat hari ini juga Operasi besar-besaran telah dijalankan selama 14 hari telah diadakan di pintu sempadan yang disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PTG, Majlis Daerah Kemaman dan Polis Trafik Cawangan kemaman yang mengetuai operasi tersebut.


Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh lori-lori yang membawa bauksit tersebut yang mana saman dikeluarkan oleh pihak Polis, JPJ dan juga MPK.


Bagi pihak MPK, saman maksimum yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 300 bagi kesalahan menumpahkan bahan-bahan yang mencemarkan jalan raya dan ia juga telah dikeluarkan kepada lori-lori yang terlibat.


Malah sebelum ini juga kerajaan negeri  telah menerima beberapa permohonan untuk melombong bauksit di Jabor, tetapi sehingga ini, kerjaan negeri belum memberi sebarang kelulusan dan TIDAK AKAN SAMA SEKALI memberi KELULUSAN itu kepada mana-mana pihak demi menjaga kepetingan awam, khususnya penduduk setempat.


Ini kerana kerajaan negeri TIDAK mahu sebarang akvititi pengeluaran bauksit dilakukan di Negeri Terengganu ini dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.


Sementara itu Kerajaan Negeri dalam usaha meminta kerjasama Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam menangani masalah yang berlaku dan kita akan diselaraskan dengan kerajaan negeri Pahang yang juga ada kaitannya dalam hal ini.


Ini kerana ada perkara yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti berkaitan tanah yang boleh kita kuatkuasakan, tetapi pada masa yang sama ada perkara yang bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti berkaitan pengangkutan, jalan raya dan sebagainya, termasuk juga berkaitan dengan negeri lain yang bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Terengganu.


Bagaimanapun penulis difahamkan kerajaan negeri  tidak akan lepas tangan dalam hal ini, malah beberapa operasi bersepadu telah kita usahakan membabitkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pejabat Daerah Kemaman.


Jika didapati usaha penguatkuasaan itu masih tidak juga dapat atasi, Jawatankuasa Khas memikirkan bagaimana cara paling berkesan untuk mengatasi dengan lebih berkesan.


Malah jika masalah berlarutan, kerajaan negeri  akan membawa perkara ini serta membuat laporan secara rasmi kepada pimpinan Kerajaan Persekutuan untuk penyelesaian bersama secepat mungkin.


Semuanya dalam tindakan kerajaan negeri dan berharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa negeri menanganinya untuk kebaikan bersama mana-mana pihak yang terbabit.


Segala pandangan dan cadangan yang diberikan akan diambil kira oleh pihak kerajaan negeri.


Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan kesulitan penduduk setempat yang terlibat berterusan dan jawatankuasa sedang memikirkan cara-cara yang terbaik selain meneruskan usaha penguatkuasaan mengikut bidangkuasa masing-masing.


Selain itu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu telah membuat pendirian tegas perkara-perkara yang berkaitan dengan BAUKSIT di negeri Terengganu


KENYATAAN AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR


KERAJAAN NEGERI KEKAL DENGAN PENDIRIAN TEGAS TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG KELULUSAN PERLOMBONGAN BAUKSIT


Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah berkaitan lori bauksit dari Pahang ke Pelabuhan Kemaman kerana ia melibatkan laluan awam.


Bagi menjaga kepentingan penduduk setempat, satu jawatankuasa khas telah  diwujudkan bagi menangani masalah yang menjejaskan kepentingan awam.


Kerajaan tidak mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini, malah beberapa operasi bersepadu telah diusahakan membabitkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pejabat Daerah Kemaman.


Terdahulu, kerajaan negeri telah mengarahkan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) membuat rondaan 24 jam di kawasan berkenaan setelah didapati terdapat perlombongan secara haram berlaku di kawasan terbabit.


Hasilnya operasi di kawasan itu berjaya mengenalpasti pihak tidak bertanggungjawab yang menceroboh dan melombong bauksit.


Sepanjang tahun 2015, sejumlah RM 45 ribu kompaun telah dikeluarkan oleh pihak PTG atas pelbagai kesalahan.


Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), kesalahan berkaitan lori bauksit di Kemaman dari Januari hingga November 2015 adalah berjumlah sebanyak 223 kesalahan.


Daripada jumlah itu, sebanyak 67 kompaun telah dikeluarkan, 2 kes mahkamah, 111 kes dalam semakan pegawai undang-undang, 5 kes yang dibekukan urusniaga dan terdapat satu kes di mana lesen pengendali digantung serta dibatalkan.


Selain itu, 20 kes masih dalam semakan akhir penyiasatan, 13 kes masih dalam semakan Timbalan Pendakwaraya (TPR), 3 surat amaran telah dikeluarkan dan 1 kes yang tidak diambil tindakan lanjut.


Walaupun pihak kerajaan negeri mempunyai kata putus mengenai hal berkaitan tanah dan galian, akan tetapi terdapat juga beberapa perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.


Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah meminta kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan dalam menangani masalah yang berlaku.


Kerajaan negeri juga akan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang bagi menyelesaikan isu ini.


Kerajaan Negeri kekal dengan pendirian tegas untuk tidak membenarkan sebarang kelulusan diberi untuk perlombongan bauksit di negeri ini.


Justeru itu, kerajaan negeri memandang serius isu lori bauksit ini dan akan diselesaikan dalam kadar segera demi kesejahteraan rakyat.

TAG