Kampung Mutiara ::: Pengundi PAS Perlu Tanggung Dosa - Penang

DAP DOUBLE STANDARD MENGENAI PENGUSIRAN PENDUDUK DI KAMPUNG MUTIARA.

DAP dikecam kerana tidak membantu penduduk Kampung Mutiara yang mendapat perintah Mahkamah untuk keluar daripada perkampungan tersebut.

Semalam Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Penang telah menyertai piket penduduk kampong yang membantah tindakan Mahkamah oleh pemilik tanah tersebut iaitu seorang ahli perniagaaan Cina. Datuk Ahmad Ismail telah menghantar sms kepada ahli ahli UMNO untuk turun seawal pagi bagi menghalang tindakan pengusiran tersebut.

Akhirnya, pemilik tanah bersetuju agar arahan mahkamah itu ditangguhkan selama sebulan untuk mencari jalan penyelesaian. Apa yang mendukacitakan ialah setelah UMNO Penang bergabung untuk mengadakan piket tersebut maka barulah muncul wakil rakyat DAP kawasan tersebut iaitu YB Zairil Khir Johari untuk tunjuk muka. Sedangkan sebelum ini dia dan DAP tidak berbuat apa apa untul membantu penduduk yang terlibat.

Sepatutnya YB Zairil boleh mendesak melalui kerajaan negeri agar pengusiran itu tidak berlaku termasuk membantu supaya tanah tersebut dijual kepada Kerajaan Pusat yg sudah membuat tawaran melalui ICU untuk membelinya.

Sebenarnya DAP tidak kisah kepada nasib orang Melayu di Pulau Pinang sebab itu mereka lebih mengutamakan projek mega yang dulu mereka kecam semata mata untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat.

Contoh terbaru ialah usaha mereka untuk menambak laut (reclaimation) di bahagian Selatan pulau tersebut. Ia melibatkan kawasan seluas 930ha plot dan 445ha plot berdekatan dengan pantai Batu Maung. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada para nelayan dan juga NGO Alam Sekitar. Dalam kes Lynas dulu DAP cuba menjadi hero atas isu alam sekitar walaupun disahkan oleh pakar antarabangsa ianya tidak membahayakan.

Projek penambakan laut itu dilaksanakan untuk menampung kos projek Penang Transport Master Plan yang melibatkan kos sebanyak RM27 bilion. Projek itu dianggap membazir kerana ia melibatkan pembinaan lebuhraya terowong dalam laut kerana jambatan kedua sudah pun siap sedangkan keperluan perumahan rakyat adalah lebih mendesak di Pulau Pinang.

Apa yang menarik apabila usul membantah pelaksanaan projek penambakan laut tersebut dibawa ke sidang DUN Penang oleh ADUN dari UMNO seorang wakil rakyat DAP iaitu YB Teh menyokong usul BN tersebut manakala 5 lagi ADUN PKR telah berkecuali. Bila ditanya kepada Lim Guan Eng bagaimana nak majntain projek mega tersebut, dia kata bayaran Tol akan dikenakan.

MEMANG DOUBLE STANDARD!!!
TAG