ADUN CUKAI PENIPU BERSIRI - Hanafiah Mat


KUALA TERENGGANU – Hampir lima bulan berlalu dakwaan Adun Chukai Hanafiah Mat daripada Pas kononnya beberapa Adun BN mahu menjadi wakil rakyat BEBAS hanyalah retorit dan mencipta isu murahan sahaja.

Dakwaan itu sebenarnaya untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu perpecahan PAS semata-mata dan merupakan isu lapuk yang sering digunakan Pas selama ini.

Sememangnya hari ini PAS telah mempunyai persaingan dari Parti Amanah Negara (PAN) yang parti yang diwujudkan oleh mantan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu(Mat Sabu) yang tewas dalam pemilihan parti itu pada jun tahun lalu.

Hanifah mendakwa kononnya adun BN yang bertemu dengannya dan beberapa lagi pemimpin PAS telah menceritakan segala proses, niat serta strategi tertentu untuk menumbangkan kerajaan BN di Terengganu.

Namun dengan kebebalan yang dimiliki Hanafiah setakat ini yang mana menyatakan Adun BN tersebut telah  menceritakan kepada mereka segala-galanya sudah tentu ia bukan lagi menjadi strategi kerana tiada lagi elemen kejutan dan sekiranya benar ada Adun BN yang akan berbuat demikian, apakah niat Adun Cukai memaklumkan pada orang ramai melalui akhbar yang dipetik adari artikel 27 Ogos lalu(Sinar Harian).  

 Adun Chukai yang terkenal dengan FITNAH dan PENIPU  itu mengaitkan pihak istana dalam mencipta isu murahan ini kononnya terdapat usaha beberapa Adun BN Terengganu yang berjumpa dengannya untuk meminta sokongan Adun Pas bagi meminta perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mewujudkan kerajaan negeri yang baharu.

Malah Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu mendakwa beberapa Adun BN itu hanya menunggu masa sesuai untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas tetapi malangnya sudah hampir setengah tahun berlalu.

Antara penipuan dan FITNAH yang telah dilakukan oleh Hanafiah  berkaitan :

1.http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/01/fitnah-pas-menjadi-zikir-mereka.html

2.http://mymassa.blogspot.my/2014/03/selingan-tengahari-fitnah-yang-kantoi.html

TAG