Bantah TTPA, GST... Tapi Makanggg Mak aiiiii.... Pas Pis Pus...

paspagoh1Kehadiran pelajar sekolah menengah dalam demo anti TPPA di Kuala Lumpur mencemarkan imej Kementerian Pelajaran Malaysia yang melarang keras penglibatan mereka dalam politik. Dalam demo haram hari ini kelihatan pelajar digunakan PAS Pagoh telah menghantar pelajar sebagai peserta.
Menurut sumber, pelajar menengah diberikan upah berbentuk tunai oleh PAS Pagoh untuk menjadi peserta dan tiada jaminan keselamatan yang disediakan jika terjadi perkara yang tidak di jangka.
Beberapa foto yang sempat di ambil menunjukkan kehadiran pelajar terbabit ‘mewah’ semasa menyertai demo haram itu. Menikmati hidangan dalam ‘restoran 4 bintang’ sememangnya janggal buat pelajar yang masih di tanggung ibu bapa. Dari mana sumber mereka untuk lepak dan menjamu selera jika tidak di taja PAS.
Perkara ini perlu di pandang serius oleh Kementerian Pelajaran memandangkan demo haram ini melibatkan pelajar yang dilindungi insurans semasa sessi persekolahan. Memandangkan hari ini cuti hujung minggu, sebarang kemalangan yang berlaku ke atas pelajar adalah di luar waktu sekolah.
PAS yang sering memperalatkan pelajar sekolah menengah bagi meramaikan demo haram tidak pernah peduli akan keselamatan pelajar yang dikerahkan untuk mengambil tempat dalam demonstrasi anti TPPA.
Tindakan PAS Pagoh membawa pelajar menyertai demo haram amat memalukan kerana mereka sedar tanpa penglibatan pelajar PAS akan tenggelam dengan kehadiran ahli PAN serta parti lain dalam Pakatan Harapan.
Menteri Pelajaran perlu mengambil tindakan keras bagi menghalang perkara ini dari berulang di masa depan. Mungkin bekas Menteri Pelajaran sebelum ini tidak berani mengenakan tindakan tegas mengenai penglibatan pelajar yang menjadi KELDAI PAS setiap kali mereka menyertai demo haram.
paspagoh2 paspagoh3 paspagoh4