Lima Ribu Hampir Di Curi Anak Tiri


pkcik

Seorang warga emas (nama di rahsiakan) gelandangan ditemui duduk di hadapan pejabat E-Aduan TTB di Paya Keladi dalam keadaan murung dan tidak berbaju, seorang pegawai daripada kaunter informasi TTB tersebut keluar bertanya apa yang telah terjadi dan apa-apa yang boleh dibantu.


Warga emas tersebut menceritakan :

“Marengg, ada sorang laki nok rompok pokcik nok ambil duit pokcik.., dia mari ngaku anok tiri pokcik, pastu ajok pokcik ke bank, dia kata nak masuk duit ke pokcik, tapi sampai di bank dia ambil ic pokcik. Pastu pokcik dengar dia kata wat kluar duit nak wat bayor kete…. “

dia berhenti seketika dan menyelukkan tangan ke dalam saku seluarnya sambil mengeluarkan satu resit sejumlah wang yang besar telah di keluarkan oleh si penipu tersebut.

Kerana kasihan dengan keadaan warga emas tersebut, pegawai kaunter khidmat TTB tersebut mengajak beliau masuk ke dalam pejabat dan meminta agar beliau menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku dan membeli makanan & minuman, dan salah seorang pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut berada di situ menyarungkan baju kepadanya.

Kemudian dalam keadaan nada yang sedih, warga emas tersebut menyambung ceritanya :

“dia nak baham duit dah…” (kata nak wak masuk duit, tetiba nak bayar kereta), “pastu pokcik dapat tahu terus pokcik rampas duit tu lempor balik masuk ke kaunter bank. 

Tapi dia sempat lari, ambik ic, beg duit pokcik ”

pastu guane terjadi pokcik?

Warga emas itu terdiam…

Salah seorang pegawai bertugas terus membuat panggilan kepada pihak polis, tak sampai 10 minit dua orang pegawai penyiasat daripada PDRM tiba di Pejabat E-Aduan TTB.

Selepas Pegawai kaunter Aduan TTB menceritakan sedikit kisah berkenaan warga emas tersebut, pihak polis memohon agar pegawai tersebut turut serta bersama warga emas tersebut ke balai polis IPK Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis.

Setelah laporan polis di buat, warga emas tersebut di bawa ke bank BSN di mana beliau telah di tipu oleh lelaki tersebut dan berjumpa dengan pegawai yang sama bagi mendapatkan penjelasan.

Pegawai bank tersebut memaklumkan memang ada sehari sebelum kejadian warga emas tersebut dengan seorang lelaki yang datang untuk membuat pengeluaran wang mengunakan ic warga emas tersebut, apabila pegawai bank itu bertanya kepada lelaki itu kenapa hendak mengeluarkan wang tersebut dia memberitahu untuk membeli kereta, dan semasa itu juga apabila warga emas itu terdengar terus merampas wang daripada lelaki tersebut dan melemparnya kepada pegawai kaunter bank.

Lelaki yang cuba menipu itu terkejut dengan tindakan warga emas itu dan terus lari bersama IC warga emas tersebut apabila sedar tindakannya yang cuba menipu dapat di hidu oleh pegawai bank dan pegawai keselamatan yang bertugas.

Selepas itu pegawai bank itu memasukkan kembali wang yang telah di keluarkan ke dalam akaun warga emas tersebut…

Itulah kejadian sebenar apa yang berlaku, selepas itu pihak polis dan pegawai kaunter TTB tersebut telah berbincang dan membuat keputusan menghantar warga emas tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerana warga emas tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai saudara mara di Kuala Terengganu yang tidak mempedulikannya.

Alhamdulillah kes itu selesai, dan warga emas tersebut bernasib baik kerana tidak tertipu dan hikmah yang dapat di simpulkan..

Allah S.W.T sentiasa akan menolong hambanya yang teranyia.. dan kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.

Salam Transformasi Terengganu Baharu (TTB)

Wassalam.


Kiriman seorang hamba Allah yang turut berada di tempat kejadian.
TAG