“Tipu.. Fitnah… Tipu…. Fitnah…. Itulah Hanafiah Mat”



Ahli Dewan Undangan Negeri (N.31 – Cukai), YB Hanafiah Mat menafikan sama sekali bahawa beliau semalam ada menyatakan dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hendak keluar parti sepertimana dilaporkan oleh beberapa blog, khususnya terengganudaily.com.

“Itu berita lama tapi diterbitkan semula,” kata Adun Chukai, YB Hanafiah Mat kepada teganukita.my pagi tadi.

“Sekarang tidak berbangkit pun lagi perkara tu…itu kisah lama, jelasnya ketika dihubungi melalui telefon kira-kira jam 11.30 pagi ini (21 Januari 2016)”, katanya.

Menurut Hanafiah, beliau tidak pernah tahu akan perkara itu dan menafikan sekeras-kerasnya yang beliau tidak pernah mengungkitnya.

Beliau mungkin lupa pada pertengahan ogos 2015 lalu dengan penuh yakin memberitahu akhbar tempatan bahawa 2 adun BN datang bertemu dengannya dan beberapa pemimpin Pas Terengganu bagi menukar kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Kononnya terdapat usaha beberapa Adun BN Terengganu yang berjumpa dengannya untuk meminta sokongan Adun Pas bagi meminta perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mewujudkan kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun dua adun BN itu tidak didedahkan identitinya kerana ianya satu penipuan dan provokasi PAS Terengganu yang mahu menutup ISU perpecahan parti itu di negeri Terengganu.

UMNO/BN Terengganu tidak mempunyai isu dan solidariti adun UMNO yang dilihat semakin kukuh dibawah Ahmad Razif membuatkan mereka (PAS) cuba memanipulasi isu untuk menarik perhatian rakyat di negeri ini.


Malah Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu telah banyak memanipulasi isu sehingga ada isu yang fitnah tanpa usul periksaan, apabila UMNO menjawab dengan fakta, baru mengelabah menutup malu.

Antara penipuan dan FITNAH yang telah dilakukan oleh Hanafiah berkaitan :

1. http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/01/fitnah-pas-menjadi-zikir-mereka.html

2. http://mymassa.blogspot.my/2014/03/selingan-tengahari-fitnah-yang-kantoi.html

|SuaraBumi|

TAG