Foto : 14 Suspek Di Buru POLIS Terengganu


KUALA TERENGGANU ; Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontijen Terengganu telah menyiarkan 14 keping gambar suspek yang terlibat dengan jenayah berat, kekerasan dan juga dadah di negeri ini.

Turut mengeluarkan siaran TV dalam program 999 di saluran TV3 jam 9.00 malam (2 Februari 2016) hari ini dengan memaparkan gambar-gambar suspek.

Sebelum itu Fan Page Facebook TerengganuDaily telah mengeluarkan  gambar-gambar suspek yang terlibat terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah seperti ugutan bersenjata, tetak, senjata api dan samun pada 31 Januari 2015 yang lalu.

Menurut 999, Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah mengesahkan perkara itu dan memohon orang ramai yang mengetahui atau melihat suspek boleh menghubung Balai Polis yang berdekatan.

Suspek diburu ini dipercayai telibat dalam beberapa kes jenayah berat dan boleh menyelesaikan beberapa kes  dalam siasatan bahagian itu.


Orang Ramai boleh salurkan maklumat kepada pihak PDRM Daerah dan juga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Polis Diraja Malaysia, 20918 Kuala Terengganu, Terengganu dan no telefon : 09-6354722.
















TAG