Pengurusan Jangan Campur Tangan Dalam Memilih Pemain?


Memalukan!!!  Itulah perasan yang dapat digambarkan oleh penyokong Terengganu selepas pasukan kesayangan mereka tersingkir awal dalam pusingan kedua Piala FA malam tadi.

Katanya, dengan peruntukkan yang tersangat besar sebanyak RM20 juta yang diberikan Kerajaan Negeri Terengganu untuk musim ini seakan-akan tidak berbaloi dengan prestasi yang dipamerkan pasukan Peteh dan KPI yang disasarkan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pihak pengurusan PBSNT  tidak serius dalam menghadapi Liga Malaysia musim ini dan masih bersikap sambil lewa walupun sedar peruntukkan yang mereka dapat adalah wang rakyat yang dijana untuk sukan bola sepak itu..

Kali terakhir Terengganu meraih piala adalah tahun 2011 dan harapan penyokong mahu 1 piala berjaya direalisasikan tahun ini serta satu piala sudah terlepas.

Bagi penyokong, bukan kekalahan yang dikesalkan tetapi kualiti permainan yang tidak seimbang dengan barisan pemain yang bertaraf bintang yang dimiliki pasukan Terengganu tidak seharusnya menerima kekalahan yang memalukan ini.

Rata-rata peminat setia peteh mahu  jurulatih diketuai Ahmad Yusof direhatkan dan digantikan dengan jurulatih taktikal Mike Mulvey memangku sebagai jurulatih Terengganu yang baru untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3 perlawanan awal pada musim ini Terengganu telah mengalami 2 kekalahan di tempat lawan terbaru dengan PKNS dalam saingan kalah mati Piala FA.

Strategi yang diterapkan Ahmad Yusof sudah tidak kreatif dan tidak agresif seperti sebelum ini dan secara tektikalnya tidak bertepatan dengan kualiti pemain yang ada hari ini.

Justeru peminat mahu tindakan drastik diambil sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan parah lebih-lebih lagi Terengganu akan beraksi dalam perlawanan yang menjadi tumpuan ramai iaitu bertemu JDT di laman sendiri Sabtu depan.

Jika dilihat aksi Terengganu yang tidak bermaya sudah dapat dibaca ketika 2 perlawanan awal Liga Super bertemu Pulau Pinang dan Kedah yang jelas tiada kesungguhan selain taktikal jurulatih yang silap langkah dengan mencuba taktikal yang terus mengundang kekalahan demi kekalahan.

Sejak malam tadi hingga hari ini, komen-komen netizen di laman sosial seakan-akan tidak percaya barisan pemain bintang gagal mara lebih jauh dalam saingan Piala FA.

Kekalahan ini juga mendapat perhatian Exco Sukan Dato’ Rozi Mamat yang mahu pengurusan PBSNT bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Sebaik berakhir perlawanan itu juga sekumpulan penyokong dilihat berkumpul di perkarangan stadium Hang Jebat Melaka untuk bersemuka dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tetapi tiada kelakuan liar dilaporkan.

Dalam kancah bola sepak hari ini, mutu permain patut diutamakan dan bukan faktor-faktor tangan ghaib yang mengatur keputusan jurulatih untuk membuat taktikal pasukan.

Oleh yang demikian para peminat setia Peteh mahu keseluruhan pengurusan dirombak kembali serta jurulatih sedia ada direhatkan sementara waktu untuk menghadapi saingan Liga Super yang baru sahaja bermula tahun ini.

#PetehTerengganuPeteh


TAG