Penjelasan ::: Gempa BUMI Tasik Kenyir Gegar Empangan - Natizen

20160223171029Berikutan gempa bumi lemah 2.7 magnitud yang berlaku di Tasik Kenyir semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tasik Kenyir tampil memberi penjelasan.

Menurut sumber  TNB, Empangan Tasik Kenyir tidak terjejas dan ianya beroperasi seperti biasa hari ini.

Sebelum ini , gempa bumi lemah pernah berlaku di Tasik kenyir, yang pertama pada tahun 1980  4.6 pada skala ricther sewaktu proses pengisian air empangan tersebut dan pada tahun 2010  dengan magnitude 2.6 skala ricther.

Selain itu sejarah gempa bumi yang berlaku mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 35 tahun lepas, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu.

Pihak agensi berkaitan gempa (Jabatan Meteologi Malaysia) cawangan Terengganu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.
IMG-20160224-WA0000

TAG