Banyak Peristiwa Mengaibkan Zaman Tun M

rais yatim tun mahathir

GOMBAK – Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata terkejut dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bekerjasam dengan pimpinan pembangkang hanya untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak digulingkan.

Menurut Rais lagi ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri banyak tindakan yang dilakukan ketika itu boleh mencetuskan kontroversi sekiranya didedahkan kepada umum.


“Saya sendiri tidak menduga Tun Mahathir akan melakukan taktik seperti itu kerana selama ini beliau bermusuhan dengan Kit Siang, PKR dan banyak pihak, malah suatu ketika dahulu beliau sangat kritis terhadap mereka.

“(Kalau nak ikutkan) Datuk Seri Najib juga boleh mendedahkan pelbagai isu ketika zaman Tun seperti Operasi Lalang yang mana keputusan tersebut dibuat diluar dugaan dan saya sebagai salah seorang Menteri pada ketika itu banyak juga perkara yang berlaku tetapi kita tidak menyerang beliau,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Menurut Rais lagi sepanjang pemerintahan Dr Mahathir banyak isu yang mengaibkan telah berlaku namun kerajaan pimpinan Najib memilih untuk tidak membuka kembali rekod buruk tersebut.

“Apa yang penting sekarang adalah kuasa politik Umno dan BN, Tun naik (menjadi Perdana Menteri) disebabkan Umno dan BN jadi kena ada hati sikit (mengenang budi) supaya dapat membalas budi agar ketokohan beliau selama ini dapat dikenang

“Kalau nak banding dengan apa yang Tun buat dahulu banyak tindakan yang tidak wajar pernah berlaku tetapi orang (kerajaan) tidak mahu buka balik rekod (buruk) itu sehingga boleh mengaibkan beliau,” uajrnya lagi. – SuaraTV