Pemuda UMNO Pertahanan Presiden Parti

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO menerima kenyataan dengan hati yang terbuka bahawa pemimpin serta individu yang pernah kami sanjungi sebelum ini telah menyatakan pendirian mereka dengan jelas.

Walaubagaimanapun selaku sebuah pergerakan dan sayap utama kepada parti keramat ini, sudah tentu perjuangan dan keteguhan institusi itu jauh lebih besar dan signifikan buat kami.

Pemuda UMNO akan terus mengekalkan disiplin dan kesetiaan kepada kepimpinan parti dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Seluruh jentera Pemuda UMNO peringkat pusat dan akar umbi seluruh negara berdiri teguh mempertahankan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden dan kami berdiri teguh mendukung kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.

Kami juga berpendirian bahawa gandingan kekok Tun Mahahir dan Lim Kit Siang tidak layak untuk mendesak YAB Dato Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang mendapat mandat demokratik dari rakyat dan ahli UMNO untuk berundur mahupun meletak jawatan. Tun Mahathir sepatutnya tidak mengajar anak muda dengan sikap sebegini. Sewaktu Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ahli parti tetap mempertahankan beliau dalam pelbagai episod dan krisis politik. Bersekongkol dengan Lim Kit Siang yang sudah lapuk menjadi pemimpin DAP sejak tahun 1965 sehingga ke hari ini. Siapa dia hendak mendesak pemimpin lain untuk berundur? Lim Kit Siang adalah pemimpin yang 'overstay'. Sekiranya ada keberanian maka kami desak agar kedua-dua yang masih enggan bersara ini untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.

Kami juga amat sedih melihat tauladan buruk yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir dan politik lalang ini tidak wajar menjadi ikutan anak-anak muda. Tun Mahathir perlu hentikan 'the act of political hypocrisy' yang amat ketara dari beliau ini.


Khairul Azwan Harun
Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia
4 Mac 2016