"Saya Di Hina Dengan Panggilan MAHA FIRAUN Kerana Saya Presiden UMNO" - Tun Dr Mahathir

Ucapan yang dibuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 4 Malaysia pada tahun 1999 selepas pemecatan Dato' Seri Anuar Ibrahim diatas dakwaan salah guna kuasa dan liwat ketika itu turut memainkan peranan.

Kejatuhan beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri seluruh negara telah membuka mata ramai pemimpin parti yang mana berlakunya transformasi politik secara besar-besar selepas wujudnya parti serpihan yang menyokong Anuar Ibrahim.

Negeri Terengganu juga menerima kesan diatas wujudnya transformasi politik berlaku ketika itu dimana semua kerusi parlimen dan hanya tinggan 4 kerusi dewan undangan negeri yang tinggal.

Jumlah kerusi Parlimen ketika itu 193 kerusi manakala kerusi dewan undangan negeri 394 kerusi keseluruhannya.




Ucapan Mahathir Pada Tahun1999 Yang Amat Menyayat Hati

Waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam hebat dan dihina sehingga digelar sebagai MAHA ZALIM atau pun MAHA FIRAUN.

Tun Dr Mahathir sendiri pernah berkata :-

“Saya dibenci dan dihina pembangkang bukan kerana saya Mahathir, tapi kerana Saya Perdana Menteri dan Presiden UMNO”

“Satu hari nanti bila saya sudah lepas semua jawatan, mereka akan berhenti membenci dan menyebarkan propaganda buruk tentang saya”

“Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada masa itu pula akan menerima layanan seperti saya…”


TAG