Sidang Media : PAS Ibaratkan Rakyat Sebagai Anjing?

Kuala Terengganu : Pesuruhjaya PAS Terengganu, Sahtipu Bahri Mamat mengadakan sidang media berkaitan isu dalaman UMNO yang sedang berkocak dalam cawan.

Sahtipu juga adun Paka berkata, UMNO jangan libatkan masalah dalaman dengan rakyat kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada negeri-negeri lain terhadap Terengganu.

Menurut Sahtipu, pergolokkan UMNO terutama krisis diantara YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said itu boleh memberi kesan kepada rakyat.

"Kita tidak mahu gajah yang bergaduh, anjing dipijaknya,

"UMNO dinasihatkan agar mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan,

"Negeri ini mempunyai sistem perlembagaan ber RAJA dan jalan penyelesaian masalah itu perlu dibubarkan dewan undangan negeri (DUN)," ujurnya.

Sementara itu Sahtipu mahu rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana PAS mahu mengambil alih pemerintahan secara demokrasi.

"Kita akan menggunakan cara yang sah sahaja untuk mentadbir dan kita tidak sama sekali menggunakan cara yang kotor seperti mana berlaku di Perak satu ketika dahulu," katanya.

PAS Pusat sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 8 Mac lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipetik berkata, parti itu tidak terlibat dengan gerakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Dato’ Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di DUN Terengganu.

Pendirian PAS itu menimbulkan kemarahan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.



TAG