Bukit Kluang Destinasi Bertaraf Antarabangsa

Menteri Besar ketika memberi ucapan kepada pengunjung Pantai Bukit Kluang Besut
Menteri Besar ketika memberi ucapan kepada pengunjung Pantai Bukit Kluang Besut
Program Santai Menteri Besar Terengganu bersama pengunjung Bukit Kluang hari ini memberi satu suntikan baru kepada tempat peranginan tersebut apabila Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman Mengumunkan peruntukan RM 1000 bagi setiap minggu untuk menghidupkan lagi tempat peranginan Pantai bukit Kluang.
“Pusat peranginan Pantai Bukit Kluang kita akan jadikan pusat peranginan seperti gold cost, ini kerana tidak banyak pantai di Terengganu yang boleh di jadikan tempat mandi manda”
“Tetapi atas inisiatif Adun Kota Putera YB Mahdi Musa Pantai Bukit Kluang menjadi satu tarikan pengunjung yang ceria setanding dengan pusat-pusat peranginan pantai yang lain.
Bukit Kluang besut
Bukit Kluang besut gambar oleh Muhammad Faizz
Oleh itu, untuk menjadikan Pantai Bukit Kluang tempat hiburan keluarga hujung minggu, saya memberi peruntukan RM1000 setiap minggu bagi mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan agar menghidupkan lagi Bukit Kluang sebagai Pusat Peranginan”. Katanya ketika memberi ucapan kepada pengujung.
Selain daripada peruntukan RM1000 secara mingguan, MB juga mengarah Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Besut untuk melihat keperluaan ciri-ciri keselamatan yang boleh di naik taraf agar menjadi tempat yang selamat bagi tempat mandi manda selain melihat juga fasiliti lain seperti tempat salinan pakaian mandi.
Turut hadir dalam program Santai tersebut, Adun Kota Putera YB Mohd Mahdi Musa, Adun Hulu Besut YB Nawi Bin Mohamad, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Pegawai Daerah Besut, AJK Bahagian Dun Kuala Besut dan Su Majlis Daerah Besut – Terengganutimes
TAG