Najib Akan Mengadap Sultan Terengganu

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata akan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk berjumpa dan membincangkan isu yang membabitkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Perdana Menteri ketika sidang akhbar sebentar tadi berkata akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas itu.

“Saya dijadualkan mengadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat ini dan selepas majlis mengadap itu baharu saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Sehingga itu saya meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu,” katanya.

Najib turut menegaskan sehingga isu tersebut dibincangkan, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Razif akan berjalan seperti biasa. – SuaraTV

TAG