Sebenarnya Pelajar UIA Provok Dr Zakir Naik

Pelajar tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan perubatan yang mana soalannya telah menimbulkan provokasi telah dijawab sempurna oleh penceramah bebas Dr. Zakir Naik (DZN).

Dikatakan beliau seorang anak kepada kawan Dr Shaiful Zaman yang mana telah diviralkan beberapa hari ini.

Menurut akaun facebook Baharuddin Mohammed telah mengesahkan bahawa pelajar itu adalah dari kalangan keluarga yang kurang senang.

Sehubungan dengan sebaran luas itu dan DZN telah menjawab, banyak cara dan kaedah boleh didapati untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman jika benar keluarga mahasiswa dan siswi tidak mampu menanggung kos pembelajaran di IPTA dan IPTS seluruh negara.

Cadangan yang telah dilontarkan seperti Yayasan negeri-negeri, Majlis Agama negeri-negeri dan berkaitan kerajaan negeri banyak menyediakan dana tanp faedah kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

DZN juga telah menawarkan kepada pelajar berkenaan agar berjumpa dengan beliau untuk berbincang pasal tawar yang telah dibuat.

Beliau turut menawarkan kepada mana-mana perubatan yang tidak berkemampuan bersemuka dengannya agar menyenangkan urusan pembiayaan itu.

Beliau turut membandingkan kos pembelajaran dalam bidang perubatan diluar negara yang mencecah seratus ribu setahun berbanding di negara ini hanya 3600 ringgit setahun yang cukup murah berbanding negara-negara lain didunia.

- kulihatlangitbiru

TAG