BACA MOLEK Info iDanaTTB Ini - Jumaat & Sabtu (20 & 21 Mei 2016)

Baca molek INFO ini !!!

RAMAI PENERIMA TIDAK FAHAM KAEDAH ONLINE IDANATTB  TAHUN 2016

PENJELASANNYA DISINI :-

1.      Pemohon yang layak pada tahun 2015 secara automatik berada dalam sistem iDanaTTB 2016 ini.

a.     Pemohon 2015 MESTI atau WAJIB masukkan no kad pengenalan (K/P) dalam sistem iDanaTTB dan cetak (PRINT) borang pada butang CETAK yang tersedia.

b.     Borang tersebut hendaklah di tandatangan atau cop Pengerusi J3K kawasan masing-masing.


c.     Sertakan sekali salinan KP Pemohon dan tanggung yang ada dalam keluarga.

d.     Salinan Sijil Kahwin dan penyata gaji atau pengesahan pendapatan dari majikan atau Pengerusi J3K bagi mereka yang TIADA slip Gaji.


e.     Hantar borang yang lengkap ke pejabat Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) atau Pejabat ADUN Atau Pejabat Pengerusi Penyelaras DUN.

f.        Hantar selewat-lewatnya hari KHAMIS ini 19 Mei 2016 kerana 20-21 Mei 2016 adalah hari JUMAAT & SABTU.

2.      KeGAGALan berbuat demikian(a – e) pemohonan anda akan ditolok walaupun NAMA anda sudah berada dalam SISTEM iDanaTTB 2016 ini.

3.      PEMOHON YANG GAGAL SAHAJA PADA PERMOHONAN TAHUN 2015.

Pemohon yang BERTUKAR KATEGORI. (Contoh : Pemohon Bakti Remaja yang layak 2015 telah berkahwin yang ingin memohon Dana Perayaan, Isteri kematian suami  dimana suami adalah pemohon layak 2015, Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/Duda yang telah berkahwin, Pemohon yang telah mencapai usia 65 tahun bagi permohonan Warga Usia Emas dan lain-lain).

Bagi pemohon yang telah layak pada tahun 2014, TIDAK PERLU memohon KECUALI bagi mereka yang terlibat sebagaimana perkara 3 di atas.

Pemohon yang terlibat dengan perkara 3, perlu menghubungi Pejabat Daerah atau Penyelaras DUN untuk membatalkan permohonan bagi kategori terdahulu (2015).  Setelah permohonan berjaya dibatalkan, pemohon hendaklah memohon semula secara online.

Pastikan jika selesai memohon secara online, pemohon diwajibkan cetak borang permohonan dan serahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi tujuan pengesahan dokumen.

Sila bawa salinan dokumen sebagaimana yang dinyatakan di dalam cetakan borang permohonan.

Jangan Menyalahkan Kerajaan kerana pemohonan anda GAGAL kerana ianya sudah di war-warkan secara meluas.

Sekian Terima Kasih,

“Hamba Allah yang merasa ianya adalah satu tanggungjawab”


TAG