BERUK Hitam Belaan Pok Man Telorr - Suara Hati

jinHari ini ketika ini tiba-tiba pokok rambutan yang berada dibelakang rumah bergoyang dengan sendirinya dan begitu pelik keadaannya walaupun sedikit angin tidak dirasai.
Puah diperhatikan Abu dalam kesamaran cahaya lampu jalan, apa yang ada pada pokok itu akan tetapi tetap tidak kelihatan kelibat atau apa-apa objek diatasnya.
Lantas si Abu berlari masuk ke dalam rumah mencari lampu suluh (picit) untuk  melihat apa yang ada diatas pokok sambil bulu-bulu roma makin berdiri di segenap ruang yang ada ditubuhnya.
Sesekali ia bergoncang seumpama ribut sedang melanda pokok berkenaan lalu abu terus memberanikan diri untuk melihatnya.
Maka Abu menghalakan lampu suluh itu kearah pokok rambutan  yang sedang bergoncang itu dan kelihatan satu lembaga hitam setinggi tujuh kaki serta berbulu lebat sedang mengoncangkan pokok dengan begitu rakus sekali.
Abu terpaku melihatnya dan beberapa saat nafasnya terhenti melihat lembaga yang sedang rakus itu mengoncangkan pokok rambutan berkenaan.
Selepas itu Abu terlintas dikepalanya lalu melaungkan AZAN dengan sekuat hati dan laungan itu didengar segenap sudut malam di celah-celah pokok kelapa yang tinggi lampai dikawasan rumahnya itu.
Dengan hanya sekali nafas Abu Berjaya melaungkan Azan berkenaann dan didengari oleh jiran laungan tersebut yang juga merasai ketajaman Azan berkenaan.
Di pertengahan Azan itu, tiba-tiba pokok rambutan itu berhenti bergoncang lalu Abu menghabiskan dengan sekali nafas sahaja dan selesai Azan angina  yang kuat melanda Abu serta terus beredar.
Selepas itu jiran-jiran yang tiba di rumah Abu dengan keadaan terpingga-pingga bertanyakan kepada Abu apa yang sudah berlaku?
Lantas Abu menjawab “ terdapat seekor BERUK yang besar mengoncangkan pokok rambutan itu” dan arah tangan Abu menuju ke poko yang berada dibelakang rumahnya.
Rupa-rupanya laungan Azan Abu itu ditakuti oleh BERUK tersebut dan berlalu pergi…
Kesimpulan Ceritanya disaat kita berada dalam ketakutan hanya ALLAH SWT sahaja tempat kita berserah dan memohon pertolongan. Jangan diikutkan sangat SYAITAN, IBLIS yang cuba mengoda kita dengan menanamkan sifat HASAD DENGKI dalam melaksanakan tugasan atau pergaulan.
Pasti lambat laung nanti akan terbalas jua dengan janji-janji ALLAH seperti mana yang dinyatakan di KALAM SUCI Al Quran Nun Karem.
CORETAN OLEH ::: SuaraHati
TAG