Candat Sotong Tarik Pelancong Ke Terengganu - Mohd Jidin

KUALA TERENGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee melancarkan bulan mencandat sotong Terengganu 2016 di D’ Benteng Taman Tamadun Islam (TTI) disini semalam.

Promosi mencadat sotong kali ini dilepaskan oleh Mohd Jidin di jeti TTI pada jam ena petang semalam dengan penyertaan seramai 30 orang wartawan dan blogger dari dalam dan luar negeri ini.

Keunikkan program mencadat sotong yang diperkenalkan kerajaan negeri Terengganu sejak 2014 telah memartabatkan aktiviti tersebut dan menunjukkan impak positif.

Menurut  Mohd Jidin, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan aktiviti tersebut untuk menjenamakan industri pelancongan negeri ini khasnya dan Negara amnya.

“Program ini bermatlamat untuk memberi makluman kepada orang ramai mengenai musim mencandat di negeri ini iaitu dari bulan April hingga akhir Jun setiap tahun.

“Ia sebagai kesinambungan momentum promosi yang telah dibuat pada tahun sebelum ini bagi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Terengganu bagi merasai sendiri keseronokan mencadat sotong,” katanya.

Mohd Jidin berkata kerajaan turut mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pengusaha Agensi Kembara dan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA), Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) bagi memajukan industri pelancongan Terengganu.

“Dengan kerjasama ini kita mampu menawarkan pakej mencadat yang inovatif, kreatif dan ‘value for money’ kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.


“Diharapkan kempen ini dapat mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017 serta bertepatan dengan salah satu dari prinsip iaitu membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penjanaan pendapatan dalam industri pelancongan” ujarnya.
TAG