Itu Hak Dia (Tun M) Untuk Bercakap Apa Sahaja - Hishamuddin

Naib Presiden UMNO Malaysia Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia menyatakan isu berkenaan saranan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kuburkan Barisan Nasional (BN) di Piliharaya Kecil (PRK) nanti.

Hismham berkata, itu hak individu untuk berkata dan menyarankan agar rakyat tidak mengundi BN di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangar.

“Dulu semasa beliau menjadi perdana menteri dan pengerusi BN, beliau juga mengerahkan kami untuk memenangkan BN di semua tempat,

“Tapi hari ini sudah tiada kuasa dalam kerajaan dan politik beliau menyarankan rakyat agar mengalahkan BN di dua kerusi tersebut,

“Perkara itu tidak patut sebagai seorang mantan pemimpin Negara yang telah banyak membina Negara dan ianya sebagai menghina diri sendiri…,

“Kita(BN) telah memperkemaskan semua jentera parti untuk melawan sesiapa sahaja yang bertanding bagi mempertahan dua kerusi milik BN itu,” ujurnya dalam sidang media selepas perasmian setelit di Kem ATM Kuantan hari ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak kosong berikutan dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


Susulan itu juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh PRK bagi kedua-dua kawasan dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
TAG