MELUDAH AIR LIUR DIATAS ISI DURIAN SEBAGAI PELARIS

Satu video yang telah diviralkan mareng (semalam) telah membuat pengguna dan rakyat malaysia marah.

 Video yang berdurasi selama 1 minit 48 saat itu telah dirakamkan oleh orang awam dari dalam kereta gelagat penjual buah durian di hadapan petronas , Gombak.

Dalam video berkenaan seorang lelaki yang sedang membungkus isi buah durian telah melakukan perkara yang sangat menjijikkan (kembang tengkok) kepada sesiapa yang melihatnya.

Sebelum membungkus (rapping), lelaki berkenaan telah meludah keatas isi durian tersebuat dan bungkus untuk dijual kepada orang ramai dan cara berkenaan cukup pengotor.

Tidak dapat dipasti sudah berapa banyak yang telah diludahnya serta dijual kepada orang ramai.

Dikatakan lelaki itu warganegara indonesia yang berkerja dengan warga tempatan dan malakukan cara itu sebagai pelaris untuk jualan mereka.

Selepas video itu tersebar meluas, orang ramai bertindak pergi kelokasi tersebut untuk menghalang lelaki itu dari terus meniaga dikawasan kejiranan itu.
video

TAG