PAN komponen terbaharu BN? - Adun Bukit Payong (PAS)

Assalamualaikum  WBT...

Malam ini kegelian perut makin menjadi-jadi dek kerana seorang berpangkat ADUN atau WAKIL KEPADA RAKYAT Bukit Payong Marang Terengganu buat lawak bodo.. T

Rase urat-urat kentut nak terputus dibuatnya yang kononnya CERDIK tetapi hakikatnya BODOWW.... wak malu ke pengundi PAS yang bijak sana lagi dunggu... hihiihi...

Permulaannya sangat menyentuh hati dan perenggang yang kedua sudah nampak kebodohan die dan seterusnya terselah BODOWWW die...kih..kih..kih...

Baca sendiri utk tahu isi kandungan die...

PAN komponen terbaharu BN?

Bismillah

Saya ingin berkongsi kesedihan atas kemalangan helikopter yang telah mengorbankan beberapa individu penting ketika kejadian di Sarawak tempohari. Sesungguhnya mati itu benar, dan semua orang akan merasainya. Semoga ahli keluarga mangsa nahas, bersabar di atas ujian ini. Dalam kemalangan itu, antara yang turut terbunuh ialah dua Ahli Parlimen iaitu Sungai Besar, yang juga Timbalan Menteri Noriah Kasnon, suaminya dan MP Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad. Maka telahpun isytiharkan PRK pada 18hb Jun ini oleh SPR bagi kedua-dua kawasan.

Saya tertarik untuk memberikan sedikit komentar berkenaan hasrat sebuah parti yang baharu ditubuhkan, iaitu serpihan daripada Parti Islam Semalaysia PAS, Parti Amanah Negara yang saya lebih suka memanggilnya Pan. Hasrat Pan yang seperti dinyatakan, untuk bertanding di Sungai Besar adalah satu usikan nakal mereka memandangkan dahulu, Pan pernah menyatakan untuk tidak bertanding di kawasan PAS bertanding. Maka dengan apa alasan untuk mereka bersungguh-sungguh untuk turut bertanding? Di Selangor, PKR masih mempunyai ikatan atas nama Pakatan Rakyat dengan PAS. Secara lojiknya, PKR pasti akan bekerja memenangkan PAS bagi kerusi yang PAS tandingi. Oleh itu, dengan siapakah Pan akan bergabung di kerusi yang majoritinya melayu itu? Dengan “Abang Long” atau “Screw Driver” mereka, DAP kah?

Jika di Kuala Kangsar pula Pan turut mahu bertanding, maka kita boleh melihat sejarah yang mana orang kuat Umno Kuala Kangsar yang juga mantan Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim ketika PRU lalu, yang pada waktu itu memilih bagi bertanding atas tiket bebas dan sanggup dipecat dari Umno, hanya mendapat 447 undi sahaja daripada kira-kira 28 ribu jumlah keseluruhan undi yang dikira, sekaligus hilang wang depositnya. Jika Datuk Kamilia yang begitu gah di sana suatu ketika dahulu turut diketepikan pengundi Kuala Kangsar, apa yang Pan harapkan? Indikasi ini menjelaskan kepada kita, corak pengundian rakyat di Semenanjung, tidak akan memihak kepada parti picisan apa lagi yang baharu ataupun parti bebas, walaupun diwakili oleh orang yang ternama. Rakyat semenanjung masih berkeyakinan terhadap jenama PAS ataupun Umno bagi pertembungan di kawasan majoriti melayu. Ini adalah fakta. Maka bayangkanlah jika Pan datang bersama DAP ke sana bagi bertanding. Bukankah dikira sebagai cubaan mengacau PAS yang konsisten menentang Umno?

Saya hanya melihat satu sahaja alasan yang sangat kuat yang mendorong Pan yang didokong DAP itu untuk turut bertanding iaitu, mereka sanggup bersekongkol dengan Umno-BN bagi mengalahkan PAS, dicampur dengan dendam lama terhadap ahli-ahli PAS yang istiqamah denga perjuangan Islam, tidak menerima mereka di dalam Muktamar yang lepas. Bukti Pan secara halus menjadi ejen Umno ialah, jika mahu dipecahkan undi, maka undi di pihak PAS lah yang akan dipecahkan kerana majoriti ahli Pan adalah bekas ahli PAS. Sehingga sekarang, semenjak penubuhannya, tiada pula kedengaran Pan berkempen untuk menarik ahli Umno masuk menyertai mereka, tetapi sebaliknya secara bersungguh-sungguh mengajak, memujuk ahli PAS, menyertai Pan. Apa yang mereka tidak katakan kepada PAS terutamanya Presiden? Jelas membuktikan kebencian mereka terhadap PAS. Bahkan, kerusi yang ditandingi atas tiket PAS dahulupun, dibawa lari.

Bukti lain Pan dan DAP sebagai pembantu Umno-BN ialah cadangan DAP Perak bagi mencalonkan Tun Dr. Mahathir di Kuala Kangsar. TDM seperti yang kita maklum, sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya, kasihnya terhadap Umno, tidak pernah pudar. Beliau hanya keluar Umno, sebab tidak berpuashati dengan Perdana Menteri dan masuk Umno kembali selepas PM ditukar. Dahulunya Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Najib Tun Razak. Lebih jelas lagi, ketika Deklarasi Rakyat dahulu dan sehingga kini, TDM bersama anaknya Mukhriz dan Muhyidin Yassin jelas menegaskan, mereka bukan mahu mengalahkan Umno, ataupun mahu menukar kerajaan, tetapi mereka hanya ingin menukar PM dengan calon PM yang lain dari Umno. Jelas dalam ucapan-ucapan mereka akan kebimbangan Umno kalah teruk secara total jika Najib tidak ditukar. Sukarkah untuk kita mahu memahaminya, betapa agungnya cinta TDM terhadap Umno? Hanya sekutu Umno-BN seperti Pan dan DAP sahaja yang akan bersetuju untuk membantunya.

Oleh itu, kesimpulan mudah bagi pembaca, Pan sedang membuka ruang bagi Umno mengalahkan PAS. Mereka juga sanggup menjadi “screw” kepada DAP yang menjadi “driver”nya bagi mencapai cita-cita politik mereka memusnahkan PAS. Fitnah yang mereka nyatakan bahawa PAS ber “UG” (yang sehingga kini tidak pernah terjadi setelah bertahun-tahun) dengan Umno satu masa dahulu, kini jelas dilihat berlaku di sebelah pihak mereka. Hanya mereka mungkin segan mengakuinya. Kepada para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, undilah PAS. Sebagai pengundi yang bijak, anda sedia maklum, dengan cara berpolitik secara matang, Pas terbukti istiqamah dalam menegakkan Islam tanpa mengenepikan kepentingan bukan Islam. Selain undi kepada parti PAS, undi anda adalah sama dengan mengundi parti komponen Umno-BN. Wallahua’lam

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

9 Syaaban 1437 bersamaan 15 Mei 2016
TAG