Pas Tidak Akan Menarik Colan di 2 PRK

hadi-husam

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Pas tetap akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar bulan depan.

Pada masa sama, beliau turut menyindir bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dipecat keahliannya dalam Pas untuk bertanding sebagai calon untuk dua pilihan raya berkenaan.

“Saya setuju kalau dia bertanding, biar dia bertanding di situ. Kita (Pas) tetap bertanding (kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar).

“(Tapi) kalau dia (Husam) bertanding lebih baik atas nama PAN atau DAP,” katanya sinis sambil meminta para wartawan memasukkan ‘cadangannya’ itu untuk disiarkan di dalam berita.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar di Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) sejurus selesai mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Husam semalam agar Pas menarik diri daripada bertanding dalam dua PRK tersebut sekiranya Pas enggan berunding dengan parti pembangkang lain.- UTUSAN