Saya Dipanggil Aliean Dan KATAK

Seorang kanak-kanak menjalani kehidupan sukar kerana disisihkan, malah digelar sebagai 'alien' atau 'katak' oleh kawan-kawan sebayanya.

Menurut laporan Dailymail, Shaili Kumari, 7, menghidap penyakit aneh 'Crouzon Syndrome' iaitu pertumbuhan tengkorak kepala yang tidak matang.

Kesan penyakit tersebut, mata Shaili seolah-olah tersembul dan mahu terkeluar dari kelopak matanya.
Selain itu, mata kanak-kanak malang terbabit juling dan mempunyai penglihatan kabur.

Disebabkan selalu dibuli, Shaili sering tidak hadir ke sekolah dan akhirnya berhenti meneruskan persekolahan.
"Saya rasa sangat teruk bila saya lihat diri saya di cermin," kata Shaili.

Katanya, beliau mahu menjadi seorang doktor dan membantu mereka yang menghidap penyakit sepertinya.

"Saya tahu saya tidak normal. Saya mahu dirawat supaya saya boleh pergi sekolah dan hidup normal.

"Saya juga tidak takut pada doktor, Doktor memberikan anda harapan yang anda akan pulih," jelas Shaili.

Ayah Shaili, Pintu Kumar, 33, yang berkerja sebagai pengawal keselamatan berasa serba salah dengan keadaan anaknya.

"Mereka lari apabila ternampak Shaili," kata Pintu sedih.

Jelas pintu, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap penyakit Cruzon Syndrome menjalani pembedahan sebelum umur 18 bulan.

"Tetapi Shaili dibawa kepada doktor yang langsung tak boleh membantunya.

"Agak sedih kerana Shaili sering dibuli, jadi kami melarangnya keluar supaya tidak menjadi bahan ejekan," kata Pintu.

Terbaru, Shaili kini dirawat oleh institusi kesihatan All India Institute of Medical Sciences di Delhi.

"Saya gembira kerana Shaili tetap riang walaupun dalam keadaan sedemikian," kata Dr Ashish Sinha.

Katanya, kes yang melanda Shaili adalah jarang berlaku kerana Shaili tidak mempunyai sebarang komplikasi lain.

"Rawatan akan diberikan selepas pemeriksaan genetik.

"Doktor pakar diperlukan kerana masalah kompleks melibatkan tengkorak dan matanya," jelas Dr. Ashish Sinha
TAG