Muhyiddin & Mukhriz Dipecat, Shafie Digantung

Kuala Lumpur : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk memecat bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir dari parti.

Manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, digantung keanggotaan dalam UMNO.

Turut diputuskan, sumbangan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan dihentikan.