#PRK Kuala Kangsar : Aura Gelombang Biru menjelma



Ketua Kontijen UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Dato’ Din Adam yang telah diamanahkan sebagai jeneral perang pilihan raya kecil (PRK) parlimen Kuala Kangsar (P067) pada kali ini.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah meletakkan Terengganu menjadi bapa angkat bagi  pusat daerah mengundi (PDM) Taman Bunga Raya didalam dewan undagan negeri (DUN) Bukit Chandan.

Setelah melalui tempoh berkempen selama 11 hari yang lalu, beliau telah berjaya menyusun jentera BN di PDM tersebut dengan gerak kerja yang cukup sempurna.

Beberapa permerhatian yang telah dibuat, semua jentera parti berjalan seiringan dengan hala tuju untuk kemenangan calon BN Datin Mastura Yazid di parlimen itu.

Jentera UMNOBN Terengganu dibantu dengan jentera dari Parlimen Padang Regas yang diketuai Ketua Bahagiannya Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz telah bergerak seiringan bagi memastikan BN kekal di parlimen tersebut.

Malam tadi ceramah yang telah diadakan oleh MIC telah Berjaya mengeluarkan pengundi kaum india dikawasan tersebut dengan begitu baik sekali.

Sokongan kaum india dikawasan PDM itu amat memberangsangkan dan ia diakui oleh jeneral perang UMNOBN Terengganu sendiri.

Din Adam juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Dungun, telah meramalkan PDM itu akan memperolehi kemangan pada kali ini setelah kalah pada 2 pilihan raya umum yang lalu.

Beliau telah menggunakan pengalamannya itu semasa era Gelombang Biru ketika BN menawan kembali Terengganu tahun 2014 yang lalu dan dibawa aura tersebut mengemudi jentera di sini.






TAG