Samanlah Saya.....

 Bebas Untuk Saman Saya – Ismail Sabri

SUNGAI BESAR, 16 Jun – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan menarik balik kenyataannya mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang seorang rasis.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga tidak gentar dengan ugutan Lim untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika tidak memohon maaf.
ismail-sabri“Dia bebas untuk saman saya jika dia mahu, ini negara demokrasi, saya tetap mengatakan, beliau (Lim Kit Siang) merupakan bapa kepada rasis di negara ini.
“Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menggelarkan beliau seorang rasis,” katanya kepada pemberita pada majlis Ihya Ramadan bersama pemimpin di Sungai Panjang, di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau menafikan ada menyebut Lim seorang yang anti-Islam dalam ucapannya sebelum ini.
Media hari ini melaporkan Lim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ismail Sabri sekiranya beliau enggan menarik kenyataan berkenaan.
Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada 15 anak yatim dan 90 ibu tunggal
TAG