Siasat TUN M Tipu Tanda Tangan

Skuad Keadilan Pulau Pinang menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap Deklarasi Tun Mahathir - Lim Kit Siang yang berniat untuk menipu rakyat. 

Ketua Skuad Keadilan Pulau Pinang, Mohd Edy Jab mendakwa Tun Doktor Mahathir Mohamad sanggup melakukan penipuan bagi mencapai agenda peribadinya. 

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Tengah, tengahari tadi. 

Turut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan - Asrol Sani Abdul Razak serta ahli Skuad Keadilan negeri. 

Bulan lalu, seorang pengatur cara bebas komputer, Azharuddin Othman mendakwa menjual 900,000 nama daripada pangkalan data untuk Deklarasi Mahathir - Kit Siang. 

Dia mendakwa menyalurkan maklumat itu kepada seorang wanita bernama Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali sebagai 'Ratu Naga'. 

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000  dan memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu. 

Bagaimanapun, Azharuddin berkata dia hanya dibayar RM1,000. 

Syarul Ema bagaimanapun menafikan dakwaan itu.