Tahniah dan Terima Kasih Jentera BN Terengganu- Ahmad Razif

IMG-20160618-WA0072
Alhamdulillah...
Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya Allah SWT sentiasa menolong dalam kebenaran.
Hakikatnya, kemenangan besar dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini membuktikan bahawa rakyat masih yakin serta menyokong Barisan Nsional (BN) walaupun pelbagai fitnah dilemparkan pembangkang sebelum ini.
Kemenangan besar ini juga merupakan tanda sokongan serta pengiktirafan pengundi-pengundi terhadap kepimpinan Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di sini juga saya ingin merakamkan TAHNIAH kepada Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Zambry Abd. Kadir memacu BN Perak dengan cemerlang sekali dibuktikan hasil pertambahan majoriti kemenangan kali ini.
Jutaan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh jentera BN Terengganu yang telah berkerja keras sepanjang tempoh berkempen di PRK Kuala Kangsar terutama di PDM angkat Terengganu Taman Bunga Raya.
Setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas akan membuahkan hasil yang cukup sempurna seperti mana kerja yang dilakukan oleh semua jentera kita di Taman Bunga Raya ini.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh jentera BN seluruh negara yang bertugas di dalam dua PRK kali ini dan semoga semua dapat pulang ke tempat masing-masing dengan selamatnya. Insya Allah...
YAB HAJI AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
Pengerusi BN Terengganu
Menteri Besar Terengganu
IMG-20160618-WA0073
TAG