Woww... 15 Ribu Hadir Buka Pose Bersama MB Tranung

Hampir 15 ribu rakyat Terengganu yang bermastautin di sekitar Lembah Klang hadir ke Majlis Anok Tranung Buke Pose Bersama YAB Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Astaka Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Program ini merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) serta Group NGOs Anak Terengganu Di Perantauan.
Dalam program tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan Terawih yang diimamkan oleh Sheikh Abd Rahman Iman dari Mesir.
Penerima hadiah cabutan bertuah berupa ibadat Umrah.
Penerima hadiah cabutan bertuah berupa ibadat Umrah.
Solat Maghrib secara berjemaah.
Solat Maghrib secara berjemaah.
2016-06-25_20.34.182016-06-25_20.30.292016-06-25_20.27.42Selain itu pengagihan Dana Bakti Remaja, Dana Hari Raya dan Dana Penyakit Kronik kepada pemohon perantau yang hadir turut diadakan hari ini.
Majlis dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa motosikal, TV, handphone dan pelbagai lagi hadiah menarik yang bermula sebelum berbuka puasa.
Penganjur menyediakan jamuah moreh selepas solat Terawih iaitu satu lori Durian King, Kambing Bakar 40 Ekor dan kuih-kuih tradisional Terengganu.
Turut serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan yang menyaksikan program berakhir kira-kira jam 10 malam.