Amzad Hashim Musuh Utama Mat REMPIT

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKK DB) Ahmad Amzad Hashim telah mengeluarkan kenyataan media tetang operasi bersepadu bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membanteras MAT REMPIT atau SAMSENG JALANAN semasa musim perayaan ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata Operasi Mat  Rempit itu bertujuan membanteras kegiatan lumba haram yang diadakan semperna sambutan hari raya lepas telah berjaya mengurangkan kes tersebut.

Menurut sumber Pakatan Harapan Terengganu Radhi Mat, 35, PAS telah menggunakan komuniti pimpinan Amzad yang ANTI kepada peminat pemotoran Terengganu yang mana dari kalangan anak-anak muda yang perlu kepada kepuasan diri dan bersosial dengan motosikalnya.

Katanya lagi, tindakan itu juga membuatkan peminat-peminat pemotoran Terengganu bangkit dengan kemarahan dengan menjadi PAS sebagai sasarannya nanti.

“Kita nasihatkan supaya bekas rakan politik itu agar tidak terlalu mengikut perasaan kerana ia akan mengubah sokongan orang muda untuk menyokong parti itu,

“Meraka harus melihat dengan jelas perbuatan itu akan merugikan mereka dalam politik kerana kita lihat ramai dari kalangan peminat motorsikal itu dari kalangan generasi Y,

“Secara tidak langsung ia akan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana tidak member kebebasan kepada anak muda untuk bersosial dengan motosikalnya,” ujurnya.

Sementara itu Amzad turut dibantu beberapa NGO termasuk Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)di Pengerusikan oleh Wan Faizul Wan Abas, kelab pacuan empat roda GASAK, MDG, BANTU dan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dimana telah melakukan operasi selama 4 hari sebelum ini.