Parti Baru Macam Sampah

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang dipetik Oriental Daily sebagai berkata, DAP selama ini berusaha mencari “formula” untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Menurutnya, antara usaha itu termasuk bergabung dengan PKR pimpinan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2013 yang bakal berganding dengan parti baharu akan ditubuhkan tidak lama lagi.
“Kem pembangkang hanya oportunis, tiada prinsip dan ideologi politik. Penggabungan mereka macam sampah yang berkumpul, ia mempunyai arah tuju sama tetapi berasal daripada kategori sampah tidak sama,” katanya.
Khamis lalu, Dr Mahathir mengumumkan sebuah parti politik baharu yang turut dipersetujui parti pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak semestinya mengetuai parti baharu itu yang akan membentuk pakatan pembangkang lebih besar untuk menawan Putrajaya pada PRU14.
Shahrir berpendapat, parti baharu itu mungkin boleh mencetuskan senario politik baru tetapi tidak mampu mengugat BN.
“Sejak Malaysia ditubuhkan sehingga kini, parti politik bergabung dan berpisah adalah norma biasa, seperti Pakatan Rakyat sebelum ini dan Pakatan Harapan sekarang, kini Dr Mahathir mungkin menyertai kem pembangkang,” katanya
TAG